BREAKING NEWS

Siapa bayar segala perbelanjaan hidup Anwar..???

Anwar tanya Muhyidin siapa yang bayar rumah sewa beliau masa TPM baru jadi Menteri.. Anwar juga kata dia tau segalanya sebab masa tu jawatan dia besar dalam kabinet kerajaan..

Kalau betul Anwar tahu.., dedahkan je lah.. Apa lagi nak tunggu? Atau Anwar sengaja nak temberang macam yang selalu dia buat?

Sekarang ni, rakyat Malaysia patut tanya Anwar pasal siapa yang biaya semua perbelanjaan dia didalam dan luar negara..

Tahun lepas je.., gua difahamkan 80 kali Anwar ke luar negara.. Sapa biaya semua tu beb?

Dan penyokong Pakatan patut persoalkan sapa yang biaya kehidupan mewah Anwar semenjak dia keluar dari penjara.. Itu belum kira hidup mewah anak beranak serta para kroni Anwar didalam dan juga luar negara beb..

So.., taktik Anwar nak ugut Muhyidin hanyalah semata-mata untuk tutup semua kemewahan yang Anwar dapat selepas dia dipecat dari kerajaan..

Biasalah beb.., kalau bukan menipu dan membelit.., bukan Anwar lah namanya..


KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

3 ulasan :

  1. Tanya Anwar di mana dia dapat duit beli banglo kat Bukit Damansara; pertanyaan ini juga dikemukakan semasa dia jadi pengerusi jawatankuasa disiplin UMNO pada ketika itu. Dengar kata duit itu "dipinjamkan" kepadanya oleh Daim Zainuddin. Betulkah? Dah bayar balik kat Daim ke?

    Cuba selidik tengok macam mana

    BalasPadam
  2. Harta dan kemewahan yang dinikmati olih Anwar, Ahmad Albab yang punya!

    BalasPadam
  3. Duit 3 billion tu duit rakyat, pulangkan balik duit rakyat tu, kalau tak pulangkan , rakuyat akan memberontak dan hidupla sampai abis keturunan pun tak akan selamat, Duit rakyat hak rakyat. Pulangkan duit tu dan jangan buit harta pulak.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online