BREAKING NEWS

HANCING beb!!! Penyokong Pakatan kena kencing dengan Anwar lagiii...

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah.

Anggota Parlimen Beaufort itu berkata khabar angin tersebut tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya bercakap begitu (berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan dan ada perubahan dari segi kepimpinan di peringkat negeri, dari segi approach dan harapan rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Semalam Malaysiakini melaporkan khabar angin kononnya Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menyertai pembangkang.

Lajim berkata melalui perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah dan kebajikan rakyat Sabah dapat diketahui.

"Rakyat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani apa juga masalah dihadapi mereka, contohnya di peringkat saya seperti masalah air dan banjir yang tidak sudah-sudah dialami rakyat...ini semua saya suarakan demi rakyat," katanya.

Mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal bulan ini, beliau berkata rakyat di negeri itu perlu diberi kefahaman yang jelas berkenaannya.

"Setelah RCI diumumkan mungkin rakyat Sabah mahu tahu berkenaan apa tindakan susulan yang diumumkan mengikut term of reference? (terma rujukan)...mestilah ada tindakan awalan dan apa yang perlu dibuat yang jelas," katanya.

Sementara itu di RANAU, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam menafikan dakwaan kononnya beliau antara pemimpin Sabah yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari barisan pembangkang.

"Tidak benar sama sekali bahawa saya berhasrat untuk menyertai mana-mana parti pembangkang," katanya kepada Bernama. Beliau mengulas laporan akhbar dan berita portal mengenai hal tersebut.

Selain Kasitah, laporan itu pada Sabtu turut menyebut beberapa pemimpin lain yang bakal menyertai PKR termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Timbalan Ketua Menteri dan Adun Banggi Datuk Amir Kahar Mustapha, dan naib presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Senator Datuk Maijol Mahap.

Sambil menyifatkan laporan itu tidak tepat, Kasitah yang juga bekas anggota Parlimen Kinabalu (sekarang Parlimen Ranau) berkata: "Saya akan meneruskan perjuangan bersama-sama UMNO-Barisan Nasional demi kepentingan dan masa depan rakyat dan negeri Sabah," katanya.

4 ulasan :

  1. kena kenceng hooorrreeeeeyyyy

    BalasPadam
  2. Logiknya kalau mereka itu benar-benar nak join pembangkang takkan Nuar nak umumkan waktu ini.. tentu dia akan tunggu masa PRU13 kelak, baru ada ummpphhh!!!

    BalasPadam
  3. Sekurang2 nya, penyokong tegar pkr terutama d Sabah, sdh terkinja2 kononya org kuat bn akn joint mereka..apatah lg dah d gembur2 kan oleh pkr..
    Kononnya akn ada kejutan hikhikhik..

    Kejutan apa..kena kencing..Hahaha hahaha hahaha

    BalasPadam
  4. iye ke??? siapa kencing siapa nehhh??? adakah semua "persiapan" lajim mengertak umno hanyalah permainan politik untuk mengenakan pakatan atau strategi nak selamatkan diri sendiri di marah oleh "tha big boss" beliau???

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online