BREAKING NEWS

Pakatan tuduh Amy Search DIBAYAR masuk Umno..

Amy Search menafikan khabar angin yang tersebar didalam ruang siber Pakatan yang mengatakan beliau telah dibeli oleh Umno untuk menyertai parti tersebut.

"Umur saya sudah lebih 50 tahun, dalam usia ini saya tidak mudah untuk dijual beli." Demikian jawapan paling jujur rockers Amy Search apabila ditanya tentang kewajarannya memilih untuk menjadi ahli UMNO.

Beberapa hari sebelum ini, Amy bersama beberapa lagi teman artis, Mus May, Ibnor Rizal, Radhi OAG menyerahkan borang keahliah kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Raof Jusof di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur.

Selama ini ramai yang menganggap Amy memilih Pas sebagai pegangan dalam ideologi politiknya ekoran dia kerap dilihat bersama-sama dengan pemimpin parti itu.

Nyata, sangkaan itu meleset dan mungkin ia hanya propaganda pihak tertentu bagi menumpang populariti Amy sebagai artis besar yang menjadi ikon kepada jutaan remaja dan belia dalam negara.

Sesungguhnya bagi Amy, masa depan yang terbaik bagi Malaysia ialah bersama-sama dengan UMNO.

Malah, rocker kesayangan ramai yang sangat dihormati itu juga tidak bermasalah untuk sama-sama turun padang bagi membantu kerajaan menjalankan kempen-kempen di kalangan masyarakat.

3 ulasan :

  1. kalau camtu blh le ckp aishah masuk PAS pon sbb dibayar...dayangku intan gak dibayar utk join PKR...hehehehe.....

    BalasPadam
  2. jk kita tengok Amy, penyertaan dia dalam UMNO sesuatu yg lain sikit dari artis lain. Kbykkn artis2 sblm ini, kita tengok TETIBA saja memilih masuk parti tertentu sama ada UMNO atau PAS.
    Tapi Amy search tidak. Tampaknya dia terlebih dahulu mendampingi dan cuba memahami parti-parti sblm dia membuat pilihan. Beliau seorang yg analis. Mungkin setelah melihat arah tuju perjuangan dan cara berjuang pas semakin tersasar dan semakin teranwar, lalu beliau pun memutuskn utk meninggalknnya. rasanya sblm beliau memilih Umno, tidak mustahil beliau juga pernah mengakaji dan analisis parti2 spt PKR, DAP dan KITA sblm akhirnya beliau tekad utk memilih UMNO setelah mendapati hanya UMNO lah parti yg benar2 memperjuangkn Islam, bangsa dan negara meskipun pendekatan yg diambil UMNO sederhana dan tidak terlalu extreme.

    -wau

    BalasPadam
  3. bob lokman pun kena bayar masuk PAS..sibuk je ceramah..ceramah pun bayar juga..So??? penyokong pembangkang jgn ingat korang dh ramai penyokong sebab bersih hari tu..jgn lupa 'silent majority'..aku salah sorng yg dh tersilap undi PR dulu smpi Selangor jatuh..so tidak lagi kali ni..bye-bye PR.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online