BREAKING NEWS

Gambar TERKINI Aishwarya Rai di Festival Filem Cannes..


Mungkin ungkapan ada aku kisah ini dilahirkan dalam hati aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan tatkala perubahan bentuk badannya yang makin berisi selepas melahirkan anak pertama diperkatakan oleh media di seluruh dunia.

Oleh kerana kebanyakan selebriti dunia lain yang begitu mementingkan penjagaan berat badan,faktor ini menyebabkan Aishwarya Rai dijadikan bahan bualan peminat di seluruh dunia.

Namun dia memberitahu, dia gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang dan dia tidak bimbang tentang tanggapan peminat terhadap dirinya.

“Seseorang pelakon akan sentiasa menjadi tumpuan, akan ada pelbagai tanggapan,” katanya.

“Ya, memang ada tanggapan negatif tetapi saya tidak kisah,” tambahnya lagi.

Dia yang merupakan isteri kepada hero Bollywood, Abhishek Bachchan turut menolak saranan peminat agar dia berdiet supaya kembali langsing.





1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online