BREAKING NEWS

Juru Ukur Lebuhraya PAS Kelantan kena ugut.. Ni mesti kerja Umnu...

Ekoran tindakan pihak tertentu ‘mengugut’ juru ukur asal yang bertanggungjawab untuk membina Lebuhraya Rakyat sejauh 73 kilometer itu, kerajaan negeri terpaksa melantik tujuh juru ukur yang baru bagi melicinkan perjalanan pembinaan lebuhraya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat, termasuk juru ukurnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco semalam ketika mengulas perjalanan pembinaan Lebuhraya Rakyat.

Jelasnya lagi, kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk ‘menghasut’ agar tidak terlibat dengan pembinaan lebuhraya itu.

Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan.

“Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan, kita buat insyaallah biar sampai berjaya. Kita juga sudah melantik kontraktor,” katanya.

Husam juga turut mendedahkan sambutan masyarakat Kelantan termasuk di luar untuk turut menderma pembinaan lebuh raya ini begitu membanggakan.

“Mereka sedar betapa pentingnya dalam Islam mengenai konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan,” ujarnya.

Husam juga turut berkata, pihaknya akan melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh peserta perhimpunan baru-baru ini.

“Kalau ada orang nak beli kita lelong, sekarang ni kita dah tak guna canggkul, sikul lagi dah, zaman dah semakin moden guna jentolak terus,”ujarnya dengan nada sinis.

Beliau dipercayai mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo depan Kota Darulnaim yang menyerahkan peralatan pembinaan kepada kerajaan negeri.

Beliau juga turut melahirkan rasa hairan usaha dibuat kerajaan negeri diganggu, diejek, sedangkan cadangan pembinaannya ditarik balik sebelum ini.

Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutama di musim perayaan dan cuti sekolah apabila rakyat Kelantan dari luar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Lebuhraya ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun

Lebuhraya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

7 ulasan :

  1. Bodo si Husam ni... issue nya bukan lebuhraya... Tapi sifat bohong PAS yg tak berkesudahan... satu persatu di bohongi rakyat.... apa kata cerite sikit bab DUIT TABUNG ANAK YATIM MEMALI YG PAS SENYAPKAN HAMPIR 30 TAHUN... selesaikankah .... mu semua tak takut nuraka ke...duit anak yatim tu...
    Nik Aziz tak layak cakap pasal agama...sebab tak beramanah dalam hal Duit Anak Yatim...berat tu...

    Hperancis.

    BalasPadam
  2. Salam...
    terlebih dahulu memanjat tahniah sekiranya lebuhraya tersebut berjaya dilaksanakan dengan menggunakan sebahagian wang derma daripada rakyat dan juga dari wang pinjaman bank berjumlah rm750 juta. Disini saya mahu lontarkan beberapa perkara yang agak meragukan utk projek ini iaitu

    1. Fasa kelulusan pihak berkuasa yg bertanggungjawab di dalam pelaksanaan ini iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM), adakah telah lulus semua prosedur dalam pelaksanaannya. Kalau dah ada rekabtknya dan telah dikomen oleh LLM maka perkara tersebut selesai. Siapakah badan yang memantau perlaksanaan projek ini JKR?, LLM?

    2. Fasa pengambil alihan tanah oleh kerajaan negeri. -Agak2nya dah selesaikan ke? Berapa kos yg perlu dibayar utk pengambil alihan tanah? disini kerajaan negeri perlu bentangkan kepada dalam mesyuarat peringkat adun utk ketelusan tanpa ada org tengah di dalam pengambil alihan tanah tersebut...

    3. Fasa Perlantikan kontraktor, jurutera perunding.....adakah perlantikan dilakukan secara telus?Atau kaedah direct nego? adakah tatacara prosedur perlantikan dipatuhi sebagaimana di dalam perbendaharaan?

    4. Fasa Pembinaan.... umum mengetahui apabila sesuatu lebuhraya dilaksanakan badan yg bertanggungjawab adalah seperti LLM, JKR, JPS, JAS serta pihak berkuasa tempatan yg akan memastikan semua spesifikasi akan dipatuhi di dalam pembinaan. Adakah semua peringkat saringan ini telah selesai? Bagaimana pula dengan badan yg menjaga tahap kualiti pembinaan siapa yg memantau? Juruperunding?.... siapa pula yg memantau juruperunding ini?

    5. Fasa penggunaan...penyenggaraan dan pembayaran balik pinjaman RM750 juta termasuk interest yg dikenakan oleh bank. Siapakah yg akan menyenggara jalan tersebut bila berlaku kerosakan? Ok lah masih dalam defect liability period...kontraktor ganti tetapi selepas tamat 2 thn siapa yg nak jaga peyenggaraan? JKR? Untuk pengetahuan semua ...semua jalan-jalan dimalaysia ada yg ditanggung oleh keraajaan pusat yg dinamakan jalan persekutuan, semntara jalan negeri ditanggung oleh kerajaan negeri, semntara di daerah ditanggung oleh daerah dan juga majlis perbandaran. Peruntukan adalah dariapda ???? kerajaan pusat. Begitu sekrg negeri yg ditadbir oleh pembangkang kerajaan pusat yg keluarkan peruntukan utk baikpulih jalan. Agak2 kerjaan negeri kelantan boleh bayar tak penyenggaraan tersebut tanpa bantuan dari kerajaan pusat?

    6. Fasa pembayaran balik pinjaman RM750juta, dicongak utk pinjaman selama 20tahun katakan dengan kadar faedah 5% lah ...bunga sahaja dalam tempoh 20 thn rm750juta, dicampur dgn pinjaman jadi jumlah RM1.5billion. Jadi kerjaaan negeri kena cari pendapatan lebihan adalah sebanyak RM6.25juta / sebulan atau Rm75juta setahun. Agak2 mampu ke kerajaan negeri nak bayar? Sedangkan utk penyenggaraan jalan yg ada dikelantan sekrg pun kerajaan pusat yg tanggung. Apa cerr sekrg??? Lagi satu bank mana yg yakin kerjaaan negeri mampu untuk membayar hutg tersebut????

    Sekian sahaja antara coretan yg menjadi kemuskilan saya ...

    BalasPadam
  3. haihhh da nama pn pengikut Parti Ajaran Syaitan haihhh

    BalasPadam
  4. juru ukur semua tu bukan nak ukur tanah buat jalan. Ukur tanah nak tebang balak tuh!

    BalasPadam
  5. Kes air pun tal leh nak settle...

    Tak yah ganggu juru ukur pun kami dan tau yg pas merapu lebih dari bt keja...

    Pejuang hamas...

    BalasPadam
  6. husam nak lelong cangkul.... agak2 kalau ada yang nak beli dengan harga yang tinggi, adakah nizar akan marah ? hehehe

    BalasPadam
  7. Anon 2:15, strateginya sama dgn hudud juga, cuma tukar nama kpd lebuhraya je. Lepas launch, sekarang mereka menuggu kalau ada sapa2 terutam umno akan cuba 'sabotaj' kerja murni mereka tu, kalau ada sapa sebut saja benda yang seolah2 menentang pembinaan tersebut, maka pas akan mula memaki dan mengaitkan kegagalan projek mereka dgn pihak lain yang cuba gagalkan projek tersebut.
    Yang penting bagi mereka bukan hasil atau kebajikan rakyat, tapi keuntungan untuk menghentam pihak lawan dari segi politik. Janji ada isu nak diarahkan kpd umno, janji rakyat nampak mereka baik dan membela rakyat. Inilah pembohongan yang telah sebati dlm politik pas sejak saya kecil lagi. Tapi sayang rakyat yang bodoh terus tertipu dan digula2 kan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online