BREAKING NEWS

Bintang seks Indon, Ariel Peterpan bakal dibebaskan..

Ketua Wilayah Kementerian Hukum dan HAM Jawa Barat, Indonesia, M Nasir Almi, memberitahu vokalis Peterpan, Ariel berkemungkinan akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Menurut laman carian Yahoo!, pembebasan Ariel dalam masa terdekat ini bergantung kepada kelakuannya.

"Bila dia akan keluar kami belum putuskan lagi. Ariel berkemungkinan akan dibebaskan pada pertengahan bulan Julai. Namun semuanya itu bergantung kepada kelakuannya. Jika dia tidak berkelakuan baik, dia tidak akan dibebaskan atau mungkin akan dipenjara dengan lebih lama," ujar Nasir.

Vokalis kumpulan Peterpan ini yang dipenjarakan sejak 31 Januari 2011 diatas penyebaran video lucahnya dikatakan patuh dengan peraturan ketika berada dalam tahanan.

"Perubahan yang berlaku terhadap Ariel ialah dia menjadi seorang yang baik, tidak menunjukkan sikap angkuhnya sebagai artis dan juga bersopan santun ketika bertutur," kata Nasir lagi.

1 ulasan :

  1. bab artis berubah jadi baik ni aku tak caya...

    kalau dia dah bebas dan jumpa nik ajis baru aku percaya dia benar2 berubah sebab mat sabu 121 pun sekarang ni dah jadi baik...

    kahkahkah...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online