BREAKING NEWS

Gambar Tun Mahathir bersolat..


Muslimin dan muslimat...,

Insan ini bukan ulamak..., namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat Pok Nik Ajis..., tapi dialah yang mengerakkan negara Islam yang lain untuk membantu ketika umat islam di Bosnia disembelih oleh pengganas Serb.

Dia juga pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya.., dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

Insan ni digelar MahaFiraun.., dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis keatas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa... Dia berusaha untuk memajukan bangsa dan juga negaranya.. Dia berkerja untuk semua rakyat Malaysia..

Yang menarik.., dia tidak kemaruk nama.., contohnya dia menolak kereta nasional dinamakan atas namanya..


Begitu juga Putrajaya.., sekolah.., jalan dan bangunan seperti Menara Petronas...,Yayasan atas nama dia pun ditolaknya.

Cuba tengok Dewan Puspanita di Putrajaya.., bila paklah took over terus di tukar atas nama
Dewan Sri Endon.

Adakalanya.., keputusan dia memang tidak menyenangkan sesetengah pihak.., tapi ramai tak sedar dalam jangka masa panjang.., semua ada kebaikkanya.

Lihat saja Putrajaya.., sebelum ni ada puak jumud tu nak jual kalau dorang menang Pilihanraya... Kononnya sebab membazir duit rakyat... Tapi sekarang ni dorang lah berebut nak duduk kat situ..

Sekarang ni baru dorang tau.., Putrajaya ni bukan sahaja berfungsi sebagai pusat Pentadbiran.., tapi turut menjadi pusat pelancongan.

Cuba datang solat kat Masjid Putrajaya tu contohnya...., ada sahaja bas pelancong yang datang...

Jangan lupa jugak macam-macam event bertaraf dunia diadakan disana. Sebelum ni ada tak puak-puak jumud PAS terfikirkan benda-benda macam tu..? Tapi Tun Mahathir dah fikir awal-awal lagi beb.... Semua tu membawa keuntungan kepada rakyat.

Tun Mahathir berjuang dalam diam.. Tak payah tabur janji satu negara.., tak payah umpan syurga untuk cari sokongan.., yang ni baru la 'The Truly' hero kepada negara..



PALING UTAMA..........,

Seumur hidupnya.., dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel serta berpeluk cium dengan kafir harbi DAP... Hahahahahaha....

21 ulasan :

  1. Jasa Tun ini akan terus dikenang puluhan, ratusan tahun yg akan datang, dengan izin Allah (kalu tak kiamat la...)

    Aku lahir dan membesar dlm zaman pentadbiran beliau, walau org kata Tun ni kejam, tapi aku muda2 dah nampak yg apa yg beliau buat, memang untuk negara.

    Tun masih ada lagi... He's a living legend.

    Nak harap jadi lagenda pemimpin2 lain tu, jgn haraplah. Jadi malaun, ifrit dan setan ada la.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Semoga Allah berkati umur Tun Mahathir..

    Hidup Tun Mahathir!
    Sebak le bila fikir banyakknya sumbangan Tun pada kita semua dan umat Islam dunia.!

    BalasPadam
  3. Semuga Allah jua yg akan membalas budi & jasa beliau...aminnnn...TKasih Tun.

    BalasPadam
  4. Muga Allah jua yg akan membalas budi baik Tun...Aminnnn. TKasih Tun..

    BalasPadam
  5. Allah lanjutkan usia Tun.. Jasamu akan kami kenang hingga akhir hayat.. InsyaAllah

    BalasPadam
  6. Trima kasih tun jasamu kami kenang smp Bila2. Kerna Mu juga Negara Malaysia terkenal dimata dunia. Terima kasih. Smoga Allah pjgkn usia Mu agar byk idea yg Blh dikongsi lg utk Negara Malaysia ini.

    BalasPadam
  7. SYUKUR SEBAB AKU MEMBESAR DI ZAMAN TUN M.
    SEDIH SEBAB SKRG NI BUKAN TUN M JADI PM.
    KALAU TAK, TAKDE SORANG PUN BERANI BUAT SEPERTI APA YANG TERJADI SEKARANG..BERANI BUAT BERSIH? BERANI MINTA KALIMAH ALLAH? BERANI MINTA HAK2 ORANG LAIN?

    BalasPadam
  8. Yang penting juga... Tun M tak solat sorang2 manakala pengikut2nya yg ramai disekelilingnya tidak pula hanya mengerumuni utk mengagumi solat beliau tu.
    Semoga Allah terus mengurniakan pemimpin seperti ini di Malaysia pd masa2 akan dtg. InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. Semoga hidup tun bahagia dan dilindungi...

    Pejuang hamas...

    BalasPadam
  10. Inilah dia insan yang berfikir, bertindak dan melaksanakan segalanya untuk kebaikan semua pihak. Termasuk juga pihak pembakang yang turut merasai kenikmatan, kemakmuran dan kemewahan dan kedamaian hasil usaha yang diterajui beliau. Kepimpinan negara yang beliau warisi dari para Perdana Menteri sebelum ini. Sudah sewajarnya kita semua menghargai apa yang beliau telah lakukan untuk negara ini dan juga umat Islam di seluruh dunia.

    BalasPadam
  11. cun bro tulisan kamu... we all loves Tun Dr. M! tp bab2 nama kan bangunan tu, selain drpd Sultan, biasanya kita namakan sesuatu tmpat tu dengan nama tokoh hanya bila dia dah meninggal... utk mengingati jasa org yg dh meninggal tu... contoh nye Dewan Sri Endon tu la..lepas dia meninggal br org namakan dewan tu nama dia.. bukan pasal Dolah Badawi perintah.. baik letak nama dia sendiri kalau dia nk..haha.. lagi mcm MRSM Tun Ghafar Baba.. lepas dia meninggal, org namakan MRSM sempenanya.. harap maklum.. ;)

    BalasPadam
  12. Bro..aku nangis ble bace pasal mahathir.aku trlalu sayang kt die..die nadi bg keluarga aku.

    BalasPadam
  13. Tiada yg standing Tun Mahathir..beliau adalah pemimpin terulung..tanpanya mngkin negara kita Malaysia akan mngecapu kejayaan seperti sekarang nie..sdarlah whai rakyat Malaysia...jngn silap buat pilihan kelak akan musnah sgalanya yg ada skarang ini..tidal adil bg anak cucu kita bila Malaysia jd porak peranda sedangkan masa kita aman dan maju mereka tdak dpt mrasakan apa yg kita rasa skarang..semoga Allah SWT panjangkan usia Mahathir bin Mohammad..

    BalasPadam
  14. Satu-satunya pemimpin yang meninggalkan banyak jasa sepanjang jadi pemimpin berbanding pemimpin yang memerintah lebih 20 tahun, maksiat, masalah air, banding manusia dengan tuhan (tuhan samseng, tuhan mencarut dsbnya). Fikirlah sendiri. Satu-satunya doktor yang memberi ubat percuma sekiranya pesakit tiada wang untuk membayar kos rawatan, atau pun bayar bila wang ada.

    BalasPadam
  15. sy terharu bila puteri sy umur 5 tahun tengok tv n ckp ' kakay syg atuk tu 'merujuk pm tun mahathr ketika tu ' sy tanya kenapa, sbb atuk tu pandai n baik.n skrg umurnya 20 tahun masih bljr ..jgn ada org kutuk pasti dia akan marah n trgkan apa jasa tun di prgkt antarabangsa, dunia islam n m'sia...mugkin berkat kita ceritakan perkara yg. benar..budak boleh fikir n cari bukti sendiri..sekian...

    BalasPadam
  16. dah mati sok baru le kita tahu sapa betul sapa salah. Sapa salah sok kena balun kaw2 dlm kubur dan padang mahsyar. Kita bercakaran di sini jd hakim tak ada gunanya. Nak sokong sapa nak tolak sapa kita rakyat tentukan di meja undi sok. Tak sabar nak mengundi!!!!

    BalasPadam
  17. hebatt tun....nak menagis aku baca.

    BalasPadam
  18. Bloggers Pakatan sibuk menjaja gamabar "orang itu" konon2nya berjiwa rakyat, merendah diri dsbnya, tapi bila bersolat seolah2 orang lain tak boleh join sekali. Semua kena bagi ruang khusus kepada tok guru.

    Gambar ini menceritakan segala2nya betapa rendah dirinya Tun yang begitu khusyuk dan tawadhuknya bila menunaikan solat. Takde pulak orang yang pakat2 berdiri keliling dia nak tengok dia bersolat dan pakat2 ambik gambar nak buat wallpaper kat PC. Jemaah yang lain duduk seperti biasa dan tidak perlu beri ruang istimewa kepada Tun. Tidak ada bodyguard aka unit amal yang membuat benteng.

    akuantiPAKATAN.

    BalasPadam
  19. Tun Mahathir mmg idea pembangunan, tapi serius la, dia bab2 agama mmg lemah.. Enough said...

    BalasPadam
  20. Semoga Allah akan merahmati tun dunia akhirat...ramai yg sayang ngan tun...terima kasih diatas segala jasa bakti mu utk agama, bangsa dan negara..

    BalasPadam
  21. Semoga Allah akan merahmati tun dunia akhirat...ramai yg sayang ngan tun...terima kasih diatas segala jasa bakti mu utk agama, bangsa dan negara..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online