BREAKING NEWS

Azmin dakwa dirinya senasib dengan Nabi Yusuf dan Nabi Musa..

“Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan dari Allah SWT,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dalam twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap seorang teman twitternya, malam tadi.

Pengguna terbabit memberi reaksi berhubung tuduhan blogger upahan Umno, Raja Petra Kamaruddin mengenai siasatan rasuah terhadap Azmin ditutup pada 1995 atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menjelaskan kepada seorang lagi teman twitternya berbunyi: “Saya hanya insan kerdil. Dosa saya ialah saya lawan Umno.”

Semalam, Raja Petra atau lebih dikenali RPK menerusi portal, Malaysia Today dalam entri bertajuk “MACC ‘Deep Throat’ comes out of the closet” (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri) mendakwa, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan ke atas Azmin dan menghapuskan fail siasatan.

RPK juga mendakwa, beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai BPR yang sudah bersara satu ketika
dulu.

Pegawai yang dimaksudkan itu adalah bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya.

Azmin bagaimanapun menambah kepada seorang lagi rakan twitternya pagi ini dengan berkata: “(Tuduhan) Tidak berasas. 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR,” tulis beliau menjawab pertanyaan berkenaaan tuduhan tersebut.

Dakwa RPK lagi, kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada TPM pada masa itu iaitu Anwar.

Beliau mendakwa, fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

RPK mendakwa, fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.

4 ulasan :

  1. Nabi Palsu pun gunakan alasan yang sama dila di tagkap dan di penjara....Golongan yang benar ni akan di penjara macam Nabi Yusof ( Kata mereka ). Kalau cerita dengan orang PAS mereka akan percaya 101%..Ayat lama tapi di ulang-ulang oleh penipu-penipu baru..

    BalasPadam
  2. SENASIB DGN NABI2? ADAKAH AMALAN DIA SERUPA DENGAN NABI2 TERSEBUT? SETAHU NABI2 TERSEBUT BERBUDI PEKERTI MULIA...TIDAK DERHAKA...MALAH TIDAK ADA ADEGAN DALAM TANDAS..

    SENASIB? KAH KAH KAH

    BalasPadam
  3. nabi yusuf ada tak putuskan hubungan dgn ibu sendiri??

    BalasPadam
  4. pemerhati spesis terancam4 Jun 2012 pada 10:19 PG

    senasib..??jauh panggang dr babi gamak nye...kahkahkahkah.....geli ketiak teman....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online