BREAKING NEWS

Anwar tak berani nafi ada RM 3 Billion.. - TPM

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menafikan dakwaan beliau mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion sekiranya bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebagai pemimpin yang mahu memegang tampuk pemerintahan negara amat penting bagi Anwar membersihkan dirinya daripada dakwaan tersebut jika ia hanya satu tohmahan.

Beliau berkata, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis berhubung isu itu tetapi malangnya tiada penafian dibuat Ketua Pembangkang berkenaan sehingga hari ini.

"Kalau saya, nauzubillah terlibat dalam kes begitu, kalau tidak benar, saya akan lapor kepada polis, saya akan ambil tindakan terhadap pihak yang menuduh saya supaya maruah tidak tergadai, kredibiliti saya tidak hilang dan integriti saya masih kekal dan tidak terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 13,000 rakyat berbilang kaum pada Majlis Jamuan Rakyat yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta kenamaan lain di Padang Astaka, Batu Kurau, di sini hari ini.

Pelbagai pihak mempersoalkan sikap membisu Anwar berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion walaupun banyak laporan polis telah dibuat.

Malah, bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari turut mencabar Anwar menyaman dan memulakan tindakan mahkamah terhadap Abdul Murad sekiranya beliau tidak menyembunyikan apa-apa rahsia di sebalik akuan berkanun tersebut.

Pada majlis sama, Muhyiddin juga mengingatkan rakyat supaya tidak terperangkap dengan taktik perang psikologi pembangkang yang cuba menghasut mereka mempercayai Pilihan Raya Umum Ke-13 akan dijalankan dengan cara kotor.

Kata Muhyiddin, pembangkang berbuat demikian kerana berasa tergugat dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai mereka seperti di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Kenapa buat begitu? Pertama, kerana dia tahu hari ini gelombang biru pendokong dan penyokong pimpinan BN sudah dapat dilihat seperti di Perak. Semalam, saya di Bagan iaitu kawasan Lim Guan Eng, seramai 30,000 orang Cina hadir. Saya pun terperanjat.

"Rupa-rupanya, walaupun mengatakan kubu kuat DAP, orang Cina pun sedar tidak ada pilihan parti terbaik sebagai kerajaan kecuali BN. Saya pergi ke Kelantan baru-baru ini, orang Kelantan pun sudah ada kesedaran baru tidak mahu mengekalkan kerajaan Pas. Begitu juga di Kedah," katanya.

Tambah Muhyiddin, taktik itu juga digunakan pembangkang untuk membangkitkan kemarahan rakyat supaya keluar beramai-ramai bagi menumbangkan kerajaan kononnya kemenangan BN pada pilihan raya umum tidak sah.

1 ulasan :

  1. tumpang tanya sat kat PAK DIN TPM...

    anwar yahudi ni ada MARUAH ka???

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online