Dayangku Intan menyeru rakan artis terutama yang semakin meminati perjuangan Islam, membuat penghijrahan terbuka dengan tidak perlu bersembunyi di belakang lagi.
Katanya, zaman kini bukan lagi teguran atau kritikan yang perlu dibuat, sebaliknya ‘penghijrahan’ secara terbuka rakan artis demi untuk masa depan negara.
Beliau berkata demikian kepada media di sebuah restoran sempena program ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Jelawat semalam.
Beliau yang hadir bersama suami Rosman Tahil dan anggota keluarganya berkata sesuatu perubahan akan berlaku apabila berada di dalam perjuangan ini.
Katanya, perjuangan ini bukan hanya untuk dunia sahaja, sebaliknya akhirat sehinggakan akan merasai ketenangannya.
“Kalau sebagai artis kita hanya memperjuangkan diri kita, keluarga kita, namun dalam pentas politik kita memperjuangkan hak semua orang dan yang pasti ianya bukan hanya akan dihitung di dunia sahaja, sebaliknya akhirat juga.
“Apa lagi sebelum ini saya begitu mengagumi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, terutama sekali anak Intan yang keempat, minat sangat dengan tok guru sebab dia idola kami,” ujarnya.
Beliau yang pertama kali menyampaikan ceramahnya di Kelantan turut melahirkan berhasrat untuk berceramah dengan artis Wan Aishah Wan Ariffin, yang telah lama berhijrah dalam PAS.
Katanya, beliau begitu rindu untuk bersama Aishah untuk bersama-sama menggegarkan pentas politik demi untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Dayang turut menambah, beliau semakin sibuk dengan jemputan ceramah sehingga hampir bulan Ramadan.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ikhlas ker ...
BalasPadamamik moshe nik ajis pun mikrofon daging nyanyi 1 family...
BalasPadammak dgn anak sama bangang...
pejuang hamas...
Apabila seseorang itu cuba berubah ke arah kebaikan..... Bagus..... Tetapi adakah berhak utk mengatakan orang lain tidak baik...... Lihat lah kisah di sebalik bapa saudara nabi muhamad. ..... Fikirkan lah.... jika cahaya nur sampai alhamdullillah..... Negara bukan islam pun islam boleh berkembang dan di makmurkan.... Negara arab islam pun huru hara dan berbunuhan kerana politik.... tak payah lah nak kata idola sana sini... Adakala semuanya takdir..... Amin.
BalasPadamdayangku intan ni saper? takpernah dengar...
BalasPadam