BREAKING NEWS

Ah Beng tak minat jadi PM.. Boleh percaya ke?

DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

2 ulasan :

  1. Bapa ah beng ni dah bertekad nk jd PM walau seminit b4 mampos...

    Pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. memanglah dia tak nak jd PM.. klu dah ahli parlimen byk cina, apa ada pada melayu yg jd PM? jd barua je lah! kuasa takde..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online