BREAKING NEWS

32 NGO derma cangkul kepada Nik Aziz untuk buat lebuhraya...

32 badan bukan kerajaan (NGO) telah berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.

Demontrasi yang disebut 'Tukar Acu Test Sepenggal' itu juga menunjukkan dan menyerahkan alat peralatan pembinaan termasuklah kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang menjadi simbol sokongan terhadap ‘hasrat murni’ kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyat, juga sebagai ingatan kepada Nik Aziz, MB Kelantan.

Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu tersebut yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.

Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.


p/s: Hahahahahaha..., cangkul dah ada.., penyodok dah bagi.., pasir pun siap untuk dibancuh.. Lepas ni Pok Nik dan Unit Amal PAS bolehlah mulakan Projek Lebuhraya di Kelantan....

3 ulasan :

  1. sejak bila pas tau dosa dan pahala. baru cadang nak buat lebuhraya dah gebang macam benda tu dah terdiri. tu pun tak habis2 nak susahkan rakyat kena sumbang tu kena sumbang ni. bila depa hauk untung terus kepoket pemimpin, bila nak bermuka2 dengan rakyat ajak rakyat sama2 membantu. selama ni apa sahaja usaha pembangunan kerajaan BN buat depa duk perlekeh. kata tu kata ni. tak ikhlas la, bersebab la. macam2 tohmahan. keji sungguh pas ni.

    BalasPadam
  2. Projek PAShit projek air liur basi jer tu... tak usah laaa nak bermimpi nak buat projek billion2..cakap boleh dilaksanakan guna air liur boleh laaaa..... Masjid tok guru dah siap ke belum??? dengar cerita dah 5 tahun tak siap2 duit tak cukup...jambatan pun tak siap cuma tunggul batu asas je yang ada...semua adalah janji tinggal janngi Parti Asyik Sembang (PAS)..

    BalasPadam
  3. Mat sabu pernah kata,Pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan!ngapa pulak mintak derma,kan raayat dh bayar cukai urus dan buat le pembangunan!

    Pisau karat tidak bercuci
    Sebab letanya dibawah almari
    Kalau raayat kena derma lagi
    Baik raayat buat sendiri!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online