Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) akan menjelajah Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai dasar pendidikan percuma.
Presiden Kami, Haziq Abdul Aziz berkata, jelajah yang dinamakan Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma itu berbentuk ‘sembang-sembang’ yang akan dikoordinasikan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Kami menerima banyak respon baik setelah debat Rafizi-Khairy Jamaluddin. Majoriti cenderung kepada idea memansuhkan dan mansuh sahaja caj pentadbiran 1 peratus dan positif terhadap idea pendidikan percuma.
“Namun kempen harus diperhebat supaya anak muda dan mahasiswa betul-betul faham mekanisme pemansuhan dan pelan pendidikan percuma,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, program pertama dijadualkan bertempat di Seksyen 7, Shah Alam.
Manakala program kedua pula akan diadakan di Universiti Industri Selangor (Unisel).
Tambah beliau, program itu akan diteruskan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia dan kampus-kampus UiTM seluruh negara.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan