BREAKING NEWS

Orang kecewa dan lemah je yang masuk PAS.. - Tun Faisal.

Tindakan PAS menarik ramai penyertaan ahli baru dari kalangan bekas pegawai kerajaan masuk parti itu dikhuatiri hanya bersifat "kosmetik".

Exco Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berkata PAS sebaliknya cuba untuk menutup perihal dalaman yang melanda bersabit prinsip dan perjuangan yang dilihat telah berganjak dari landasan sebenar.

"PAS boleh kosmetik-kan orang-orang yang kecewa tetapi hakikat sebenarnya dari segi dasar dan perjuangan PAS sudah lari.

"Jadi orang yang masuk PAS ni nanti hanya kosmetik kerana PAS tidak akan berjaya memerintah negara kalau bertanding di parlimen dengan hanya 60 kerusi. Jadi orang yang masuk PAS ini sebenarnya dia tidak faham PAS itu apa, jadi PAS boleh menarik orang-orang yang tidak faham kosmetik tu apa," kata beliau ketika dihubungi AntaraPos.com.

Malah terdapat beberapa dakwaan yang mengkaitkan penyertaan baru ahli-ahli PAS ini mungkin dicalonkan untuk bertanding di kerusi PAS pada Pilihan Raya Umum ke (PRU) ke-13.

Bagaimanapun Tun Faisal berkata PAS semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu berdasarkan beberapa sejarah yang merekodkan tentangan para ulamak PAS yang mengkritik perjuangan parti itu sendiri.

"PAS dia akan cuba untuk cari sokongan pengundi Melayu tetapi masalahnya PAS kini telah kehilangan ramai pemimpin-pemimpin yang kuat. Apa sangatlah jika kita hendak bandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang masuk PAS dan keluar PAS contohnya Dr. Hassan Ali yang keluar PAS semula.

"Orang yang masuk PAS adalah pemimpin yang lemah kerana kecewa dan saya percaya Datuk Fauzi ini masuk PAS sebab kecewa sedangkan PAS sekarang tidak membawa kepada perjuangan Islam. PAS yang ada sekarang ini kita boleh katakan menjadi boneka kepada parti sosialis," katanya lagi.

Justeru beliau menasihatkan agar rakyat menilai sendiri perjuangan PAS yang sering disekat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Mereka pun tahu wakil PAS di Pulau Pinang selama ini pun tidak berguna pun, tidak bertempat pun dalam dan tidak menjadi Exco agama pun. Begitu juga dengan Selangor, ramai orang-orang PAS yang kecewa dengan pentadbiran Selangor yang ada sekarang dan orang-orang PAS tidak boleh buat apa-apa pun," tambah beliau lagi.

3 ulasan :

  1. jangan melihat kelemahan dalam pas aje, lihat jugalah kelemahan dalam umno dan bn. belum tentu semua orang melayu akan sokong umno kerana perjuangan umno juga sudah lari jauh dari landasan. sekarang ni orang umno cakap aje perjuangan menjaga bangsa, agama dan negara tapi sebuk menjaga tembolok sendiri kerana dan menjadi terlampau materialistik mengejar kekayaan.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama says:
    24 Mei 2012 6:37 PTG
    _____________________________________________
    kelemahan umno/bn ialah tak jual agama islam dan bersekutu dgn syiah...

    kalau perjuangan umno dah lari apasal pas pun dok kejar...BODOH!!!

    kalau kita tak bersatu mcm nak nak gulingkan musibat batu yg penuh temolok dgn duit...

    amik konsep lidi...

    sebatang patah...
    kalau secekak mau jugak berpeluh dahi...

    kalau ko rasa pas hebat dan dasyat mai masuk umno dan kita gulingkan sampah yg bertimbun dalam umno mcm MB SELANGOR himpun sampah...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama says:
    24 Mei 2012 6:37 PTG
    jangan melihat kelemahan dalam pas aje, lihat jugalah kelemahan dalam umno dan bn. belum tentu semua orang melayu akan sokong umno kerana perjuangan umno juga sudah lari jauh dari landasan. sekarang ni orang umno cakap aje perjuangan menjaga bangsa, agama dan negara tapi sebuk menjaga tembolok sendiri kerana dan menjadi terlampau materialistik mengejar kekayaan.

    --------------------------------------------

    hahaha...yg kat atas nie pon spesis yg kecewa gamak nye...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online