BREAKING NEWS

Anak Hadi Awang jadi HERO... Bravoo!!!!


Tindakan berani Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, mengejar seorang peragut membuahkan hasil, apabila dia berjaya menangkap suspek yang cuba meragut beg tangan isterinya di Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam, berlaku di sebuah kedai makan di tepi jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan itu, Muhammad Khalil dan isteri, Dr Farhana Hasbullah, 32, sedang menikmati makan malam bersama dua anak mereka, Omar, 3, dan Ali, 9 bulan.

Muhammad Khalil yang juga anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, dia melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi.

“Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu.

“Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, di sini, semalam.

Muhammad Khalil berkata, keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan seorang rakan suspek yang menunggu di luar kedai dengan motosikal panik dan melarikan diri, manakala suspek yang ditangkap itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Saya bersyukur kerana isteri dan anak selamat walaupun saya mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan peragut. Saya kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 20 tahun dari Kampung Seberang Baroh Kiri berjaya ditahan manakala rakannya yang melarikan diri masih diburu.

Menurutnya, dengan penahanan suspek, pihaknya yakin dapat selesaikan beberapa kejadian ragut di sekitar bandar raya ini termasuk kes yang berlaku pada petang hari sama berdasarkan fizikal dan modus operandi yang digunakan.


p/s: Gua puji anak Hadi Awang ni tanpa sebarang prejudis.. Gua memang suka sesapa yang bantu Polis halang kes jenayah berlaku dalam negara.. Terutamanya kes ragut yang dilakukan oleh manusia celaka yang bernama Peragut..

So.., tahniah kepada anak Hadi Awang.. Walaupun lu 'mahzab' PAS.., gua salute sama lu dengan apa yang lu buat beb.. Bravo!!!

5 ulasan :

  1. bak kata kebanyakan penganut pas, peragut tu org umno, org pas mana meragut, diorg lepak mesjid...

    BalasPadam
  2. Apsal dia tak report kat UNIT AMAL?

    BalasPadam
  3. Dalam kes ini saya amat berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas sepertimana yang telah diamanahkan tanpa mengira pahaman politik KECUALI pemegang kad pengenalan bernama MAT SABUn.

    BalasPadam
  4. Masa brkempen parti je ngata polis mcm2.. Bila d landa susah, ke balai jgk wat report.. Pastu wat muka sedih msa nak mnta tlg org lain..kan?

    BalasPadam
  5. bab ni kalau lu mati pun kira syahid sebab ko mempertahankan harta benda dan keselamatan kuarga lu bro...tahniah...

    bab bapa lu pi apikan ibrahim libya aku meme bengkak la...

    kalau ibrahim libya masih ada lagi confirm dia akan bangga dgn lu...

    SUPPORT PDRM...
    FUCK BERSIH 3.0...
    CIBAI=CELAKA INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online