BREAKING NEWS

Day 1 - Gambar2 di Himpunan Jutaan Belia 2012


Gua anggarkan, lebih kurang 20 ribu pengunjung telah hadir di hari pertama Program Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya ni beb.. Itupun disebabkan hujan turun pada sebelah petang.., kalau tak, jumlahnya mungkin akan bertambah lagi..

Kalau hari berkerja pun boleh dapat macam ni ramai punya pengunjung, cuba korang bayangkan ramai mana yang akan datang ke Putrajaya ni pada hari cuti nanti.., mesti penuh sesak lah jawabnya..

Gua hari ni penat berjalan.. Boleh kata semua venue gua dah pergi.., cuma yang hujung-hujung tu je yang belum sempat gua jelajah.. Letih beb berjalan.., rasa macam nak tercabut lutut gua yang dah sedia longgar nih..

Sebenarnya ada Bas percuma atau TREM disediakan buat semua pengunjung di Program Himpunan Jutaan Belia 2012 ni.., tapi gua sengaja nak jalan kaki.. Nak exercise lah kononnn awalnya tuu...

Tapi akhirnya..., gua akur dengan kejadian alam... Dan gua buat keputusan muktamad.., besok gua yakin akan naik TREM jugak sebab tak mampu rasanya gua nak jelajah Putrajaya yang besar macam ni dengan berjalan kaki.. Huhuhu..

Apapun.., seperti yang gua janjikan, kat bawah ni gua kongsikan sikit gambar HBN 2012 Day-1 dengan pembaca blog MPP..

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang gua ambil tapi semuanya gambar ekslusif gua dengan awek-awek disini..

Yang tu tak boleh kongsi dengan umum beb.., kantoi gua nanti... Hahahahaha...
















Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online