BREAKING NEWS

KANTOI !!! Boifren Syahrini bukan Kerabat DiRaja Selangor..

Ramai yang sudah tahu.., Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni ini sekarang sedang asyik bercinta dengan selebriti seksi Indonesia, Syahrini.

Apa yang menarik disini, kecoh di media seberang sebelum ini yang mengatakan bahawa Bubu adalah dari kalangan Kerabat Selangor dan isu ini berlanjutan dari seminggu lepas lagi.

Namun, berita terbaru dari negara seberang itu mengatakan bahawa Bubu sebenarnya hanya seorang peniaga dan dia tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Kerabat Selangor.

Kerabat Selangor dikhabarkan turut menafikan bahawa Bubu adalah cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Selain itu, penggunaan awalan nama Raja oleh Bubu yang biasanya digunakan oleh kerabat Perak sudah menunjukkan kejanggalan kerana Selangor menggunakan nama Tengku.

Menurut sumber lagi yang bercakap kepada portal hiburan Indonesia, DetikHot, mengatakan Sultan Selangor tidak mempunyai cucu sebaya Bubu.

Syahrini pulak seakan mengelak apabila ditanya pemberita tentang pendedahan berkenaan kekasihnya tersebut. Malah artis seksi itu mengambil pendekatan berdiam diri dengan perkembangan terbaru ini..

"Aku nggak terganggu. Biarinlah ya, lucu aja sih melihat pemberitaan yang sekarang," kata Syahrini.

1 ulasan :

  1. cucu rajagopal bleh la...

    nama manja bubu kerapu...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online