BREAKING NEWS

4 parah kemalangan perlumbaan Drag di HBN 2012 Putrajaya..

Gua sebentar tadi bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik ke Hospital Putrajaya untuk melawat beberapa mangsa kemalangan perlumbaan Drag di Himpunan Jutaan Belia 2012.

Semalam, 17 penonton cedera di perlumbaan Drag sempena Program Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya malam tadi. Empat daripada mangsa telah mengalami kecederaan parah dan sekarang ni ditempatkan di Hospital Putrajaya.

Kejadian bermula apabila sebuah kereta yang mengambil bahagian dalam perlumbaan Drag tersebut telah hilang kawalan lalu merempuh ke arah sekumpulan penonton.

Mengikut maklumat yang gua dapat dari para petugas yang berkawal di perlumbaan tersebut, kumpulan penonton tersebut berada diluar kawasan yang dibenarkan.

Bagi gua, walaupun pihak Kementerian Belia dan Sukan tak terlibat dalam penganjuran perlumbaan Drag ni, ia harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat.









1 ulasan :

  1. patutnya letak petugas amal pas jadi benteng antara penonton dgn litar kekekeke

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online