BREAKING NEWS

Saya budak baik.., jangan tumbuk saya... - Adam Adli

“Salahkah saya ke sana untuk melihat sendiri apa yang berlaku,” demikian kata aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim mengulas mengenai pihak yang mempersoalkan kehadirannya semasa operasi pecah unit kosong Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, kelmarin.

Menurutnya, dia bersama 12 lagi rakannya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia hadir ke kawasan itu untuk melihat dengan lebih dekat apakah yang sebenarnya berlaku di kawasan tersebut.

“Semasa di sana, saya dan rakan tidak protes. Kami hanya duduk di bawah pokok melihat pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja pecah rumah.

“Saya datang dengan niat hendak tahu isu dan lihat sendiri apa yang berlaku. Saya juga penduduk di kawasan Lembah Pantai,” katanya.

Menceritakan kembali sebelum ditumbuk kelmarin, Adam dan beberapa aktivis mahasiswa naik ke tingkat tiga flat tersebut apabila mendengar ada keluarga yang menangis.

“Saya hanya naik dan tenangkan mereka. Lagipun saya diberitahu pihak DBKL hanya pecahkan pintu rumah yang tidak ada orang. Jadi selepas itu kami turun.

“Sebelum itu lagi, ada beberapa orang yang jerit-jerit tetapi saya tak endahkan. Masa saya turun tangga dan nak pusing ke kanan sikit, terus ada orang menumbuk saya. Yang saya pasti ada dua serangan dibuat dekat saya,” katanya.

Adam kecewa kehadirannya ke kawasan tersebut dengan niat baik dipersoal, dikritik dan dipolitikkan.

“Semua perkara hendak dipolitikkan. Pihak yang lain hanya tahu mengkritik kehadiran saya, tetapi di mana mereka semasa penduduk ini memerlukan bantuan?,” katanya.

Kelmarin, rundingan aman membabitkan 35 penduduk Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi dengan DBKL bagi mengosongkan kediaman mereka untuk program pembangunan semula bangunan itu dicemari insiden Adam Adli ditumbuk.

10 ulasan :

  1. NIZAR JILAT LUDAH SENDIRI!

    http://aimi-naqiuddin.blogspot.com/2012/04/nizar-jilat-ludah-sendiri.html

    BalasPadam
  2. pandai lakhanat ni berlakon baik...

    nanti jgn lupa mai kat jelutong penang tau...

    banyak umah nak kena reban...

    muka hang pun aku dah target jugak untuk direbankan...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai sangat x suka dgn lelaki ni...siapa dia sebenarnye ya dimata malaysia ni??

      Padam
  3. ramai lagi orang nak tumbuk dia tu... cuma tunggu peluang dan cari alasan je.. walaupun alasannya nanti remeh saja

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama says:
    5 April 2012 12:41 PTG

    Ramai sangat x suka dgn lelaki ni...siapa dia sebenarnye ya dimata malaysia ni??
    ______________________________________________
    PENGKHIANAT TANAHAIR...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  5. tajuk artikel tu salah la bro..

    sepatutnya 'SAYA BUDAK BODOH aka TAKDE OTAK..JANGAN TUMBUK SAYA..-ADAM ADLI'

    kah kah kah

    BalasPadam
  6. tertari dengan dua para terakhir "dimana mereka semasa penduduk perlu bantuan"...woi adam..kamu tu boleh bantu ke!!!!!buat kacau boleh le!!!!!

    BalasPadam
  7. nilah pelajar yg paling bodoh dan paling bengap di dunia...mak bpk suh g belajar dia g men politik..aq mcm nk pijak2 jerk muke si setan ni..

    BalasPadam
  8. kalo dtg nk tgk je atau xnk bawak msg politik,xyah dtg ramai2 bawak nama solidariti mahasiswa.bodoh si lembot ni.ramai menunggu nk tumbok ko.tergedik gedik.malu jd laki.

    BalasPadam
  9. Walaupun ko kata ko penduduk Lembah Pantai (LP), sorry bro, banyak lagi kawasan dalam LP yang ko boleh lawat. But not Kerinchi. ini pesan orang yang dah tinggal di Kerinchi sejak 1984.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online