Tindakan tegas akan diambil terhadap remaja berusia 15 tahun yang membuat laporan polis kononnya dia dirogol, sedangkan pemeriksaan perubatan mendapati tiada kesan koyak atau cedera pada kemaluannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, mendapati tiada kesan yang boleh mengaitkan remaja terbabit dirogol selepas dilaporkan hilang sebelum ini.
Katanya, pihaknya tidak pasti tujuan utama remaja terbabit membuat laporan polis dia dirogol teman lelakinya tiga hari lalu, sedangkan kejadian berkenaan tidak berlaku.
"Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti tujuan sebenar remaja berkenaan berbuat demikian selepas dia dikesan berada di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun di Kampung Merchong, dekat sini.
“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap remaja terbabit kerana membuat laporan palsu yang menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Polis Ke-205 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di Dataran Pekan, di sini, semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, Kuantan itu mengaku tidak diculik, sebaliknya bertindak melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Ahad lalu.
Yahaya berkata, pihaknya tidak akan mendakwa teman lelaki remaja berkenaan berhubung laporan kes merogol berikutan tiada bukti boleh mengaitkan dia berbuat demikian.
“Saya tidak menolak kemungkinan kes membabitkan remaja ini lebih banyak dipengaruhi masalah keluarga hingga mendorong dia bertindak meninggalkan rumah mengikut teman lelaki.
“Kes ini seharusnya menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak perempuan supaya sentiasa menyelami hati dan perasaan mereka.
“Ibu bapa perlu mendengar pandangan dan masalah anak mereka, jangan terlalu tegas sehingga membuatkan anak tertekan,” katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
muka macam ni nuar berahi pun x hingin ler..bajet hot je budak ni..nak femes masuk politik ler.bangang budak ni macam adam adli juga rupanya.
BalasPadam