Mstar melaporkan.., penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumahnya di Bangi dekat sini dimasuki perompak awal pagi semalam.
Menurut pengurus peribadinya iaitu Mohd Nasir Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.
Nasir berkata, kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.
“Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.
“Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas Nasir.
Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.
Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.
Bagaimanapun difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.
p/s: Gua bukan peminat Mawi.., tapi gua nak tengok.., ada tak Mawi meroyan macam Wardina bila rumah dimasuki pencuri hari tu? Harap-harap.., Mawi tabah lah yee..
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Takziah pada Mawi. Semakin berleluasa perompak dlm M'sia. Semua dah pasang termasuk gerigi, cctv, polis ronda, semua tak jalan. Aku rasa bela anjing pengawal diluar rumah boleh mengurangkan kadar rompakan. Lagipun mazhab Maliki kata airliur, lidah dan badan anjing tak najis. Anjing dari jauh dia dah berbau dan sangat setia dengan tuan dia. Bila dia menyalak, memang orang tahu ada benda yg tak kena. Sayang binatang pun dapat pahala juga kan.
BalasPadamAda aku tengok orang Melayu ni dia bela 2 ekor rotweiler kat luar rumah. Depan rumah dia memang tulis 'Beware of dog'. Hari2 ada orang India datang bersihkan dan kasi makan. Artis kita pun ramai yg bela anjing sebagai pet. Ada sesiapa sanggup demi keselamatan keluarga hehehe???
Innalillahiwainnailaihirojiun......harap mawi dan keluarga byk sabar...n pd Mpp Online sy xberapa setuju p/s begitu. Cb kena pd diri kita...xbaik ckp wardina mcm tu. Itu mungkin cara dia....hati2 dgn words ye...salam silaturrahim....
BalasPadamkesian... xpe.. duit banyak..
BalasPadamcabul gak penulis ni. agak2 kalau rumah kaw kena samun kaw meroyan x? suka2 hati ja nak cakap org. sekali kena baru nak rasa. nak tulis tu pandang2 la der
BalasPadamHOPE DPT BERSABAR DENGAN UJIAN DARI ALLAH. MUNGKIN ADE HIKMAH DI SEBALIK YG BERLAKU. RENUNG2KAN SEMULA MCM MANE DENGAN PERASAAN INA DULU..
BalasPadam