BREAKING NEWS

DAP nak hukum Peguam Negara dan Ketua Polis jika Pakatan menang PRU13.

Lim Kit Siang berjanji akan menyiasat dakwaan salahguna kuasa terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Beliau berkata, dakwaan tersebut perlu di siasat dan tribunal kehakiman akan ditubuhkan bagi mengetahui siapakah yang bersalah.

Lim menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah di Stadium Kuala Selangor malam tadi. Ceramah tersebut turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Lim berkata, siasatan terhadap Musa dan Abdul Gani perlu disegerakan kerana katanya tiada negara yang berdepan dengan dakwaan serius seperti itu.

"Adakah perdana menteri kita berani untuk menubuhkan satu tribunal kehakiman untuk menyiasat tuduhan serius itu?," soalnya kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Pada 19 Mac lalu, kerajaan menolak desakan bagi menubuhkan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan bahawa Gani dan Musa telah menyalahgunakan kuasa mereka ‘menganiaya’ beberapa pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

2 ulasan :

  1. cerita ni aku dah tahu dari seorang kawan pro pas-israel..dia da ckp yg kalau puak lahanat ni menang, semua lapangan terbang dgn jln keluar negara dorang nak sekat..dorang nak tangkap semua pemimpin BN dan menteri dan dibicarakan..lepas ni malaysia memang akan jadi republik..

    dan bershit 3 dorang akan jlnkan kalau drg kalah pru..dorang rancang demo sampai kerajaan terpaksa isytihar darurat..bila dah keluar darurat dorang akan buat lbh ganas smpi negara luar anggap kerajaan ni sengaja nak aniaya dorang.

    drg mmg sanggup hancurkan negara sebab nak berkuasa dan nak tgk umno ni kalah.itu je sebabnya.

    BalasPadam
  2. terus terang aku katakan bahawa kalo ditakdirkan si celaka guan eng dgn kit siang lalu dihadapan aku.. sudah pasti mereka berdua akan menerima flying kick dari aku dan kawan2 aku dalam satu perguruan silat.. kami mmg anti guan eng dan bapaknya...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online