BREAKING NEWS

Penampakan Hantu tak berkepala dalam Masjid..

Seram beb.. Gua tak sangka dalam masjid pun 'hantu' boleh menunjukkan rupa.. Ni mesti kes hantu alim nih..

Sebenarnya, yang dalam gambar tu bukannya hantu tak ada kepala.., tapi jemaah yang tidur semasa khatib membaca khutbah jumaat..

Memang kalau tertidur ketika dengar khutbah tu tak mengurangkan pahala sembahyang jumaat, tapi dikhuatiri mamat tu tidur sampai berdengkur dan meleleh air liur.. Kan tak bagus tu..

So.., bagi para lelaki-lelaki ganteng diluar sana.., tolong hindarkan tidur semasa khatib membaca khutbah.. Dan kepada para khatib tu, tolong jangan jadikan khutbah tu sebagai ceramah agama pulak..

15 minit berkhutbah tu kira ok lahh.. Paling panjang pun 20 minit cukuplah.. Jangan dera minda jemaah dengan berkhutbah meleret-leret..

Kalau dah khutbah panjang berjela.., akan banyaklah wujud HANTU tak ada kepala macam dalam gambar tu sewaktu jumaat.. Tak ke haru jadinya nanti..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online