BREAKING NEWS

Cikgu terlampau.. Dicekup khalwat pukul 3 pagi..

Seorang guru wanita berusia 33 tahun mengambil kesempatan 'menetap’ bersama teman lelakinya yang juga duda anak dua berusia 28 tahun sebelum kedua-dua mereka dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung Unggun Jaya Menggatal, Sabah..

Dalam serbuan jam 3 pagi, lelaki berkenaan yang hanya bertuala mengaku teman wanitanya berada di bilik dalam rumah berkenaan secara berasingan, namun pemeriksaan menemui pakaian dan MyKad milik duda berkenaan di dalam bilik guru terbabit.

Terdahulu, sepasukan penguat kuasa JHEAINS mendapat maklumat awam berlaku kegiatan tidak bermoral di rumah lelaki berkenaan sebelum melakukan intipan.

Sebaik mengesan kehadiran wanita di rumah berkenaan, penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka seorang gadis dipercayai adik lelaki terbabit.

Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan ditemui berada di bilik berasingan dengan bertuala dan menafikan ada membawa wanita ke dalam rumah.

Namun, penguat kuasa menemui seorang wanita berada dalam bilik dan mengaku tunang lelaki terbabit. Bimbang tembelangnya pecah, lelaki berkenaan memberi alasan mereka akan berkonvoi keesokan hari dan wanita itu yang berasal dari Pitas terpaksa bermalam di rumahnya.

Pemeriksaan dalam bilik wanita itu menemui barang milik lelaki berkenaan sebelum kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk membuat laporan.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, pihaknya sering menerima aduan mendakwa wanita yang juga seorang guru sekolah rendah sering mengunjungi rumah teman lelakinya terutama pada hujung minggu.

“Soal siasat mendapati duda itu sering berkunjung ke rumah teman wanitanya di Pitas,” katanya.

1 ulasan :

  1. ADA TAK DEPA BAGI ALASAN JHEAINS BERKOMPLOT UNTUK MENGAIBKAN DEPA? ALAAAA...MCM ALASAN SORANG "USTAZ" TU...HEHE

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online