BREAKING NEWS

Peluk Islam semata-mata nak mintak derma??

Cehh.., ada ke patut peluk Islam semata-mata kerana nak mintak derma dan dapat bantuan dari umat Islam lain?

Kat mana dorang belajar benda-benda tak berfaedah macam ni hah?

Gua rasa, mungkin ni adalah sindiket terancang sekumpulan manusia nak cari untung cara mudah. Dorang ni ambik kesempatan dari kebaikan yang ditunjukkan oleh umat Islam terhadap saudara baru..

So.., berhati-hatilah ye.. Bukan setakat dengan kumpulan yang macam ni, tapi berhati-hati jugak dengan geng yang datang mintak derma dari rumah ke rumah..

Kononnya nak buat rumah anak yatim dan madrasah, padahal sebenarnya menipu je lebih beb..

Kisahnya macam ni.., mengaku mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan berkopiah bagi menunjukkan perwatakan alim dikesan menjadi taktik baru sekumpulan individu tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai terutama umat Islam bertujuan membolehkan mereka mendapat bantuan dan wang dengan cara mudah.

Lebih licik, kumpulan individu terbabit menyasarkan surau di kawasan elit untuk mereka berpura-pura melafazkan kalimah syahadah, sekali gus meraih simpati jemaah untuk menghulurkan bantuan kepada ‘saudara baru’ yang hanya menyasarkan wang ringgit.

Kegiatan kumpulan itu dikesan seorang penceramah agama yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mengalami sendiri peristiwa berkenaan sebelum menyedari golongan itu tidak ikhlas untuk memeluk Islam, sebaliknya inginkan bantuan semata-mata.

Penceramah itu yang mahu dikenali sebagai Asri berkata, dia didatangi mualaf yang dikenali sebagai Ibrahim, 50-an, membawa seorang rakannya, Ong, 56, kedua-duanya berasal dari Johor sambil mengaku ingin memeluk Islam ketika dia memberi ceramah di surau di Gombak di sini, 19 September lalu.

Selain itu, katanya, jawatankuasa surau berkenaan memaklumkan kepadanya selepas Ong, Ibrahim turut membawa sekurang-kurangnya empat penganut agama lain bagi tujuan memeluk Islam di surau berkenaan dengan modus operandi hampir sama dengan kes terdahulu.


p/s1: Ada jugak orang yang berlakon alim serta berceramah agama di pentas politik untuk kutip derma.., walhal.., dia tu bekas pelawak dalam TV je beb... Itu pun ada orang percaya.. Mangkuk sungguh!

p/s2: Errr..., gua tangguhkan dulu kisah 'sepi mengenang nasib' hari ni.. Banyak yang tak suka.. Huhuhuhu...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online