Alamak..., tajuk artikel ni memang macam haram!! Tajuk ni gua cilok dari nama asal blog sorang blogger zaman mula dia berblogging...
Tak sangka.., sekarang ni blogger yang guna nama Sepi mengenang nasib tu dah berjaya dalam karier sebagai sorang blogger politik.. Tahniah bro!!
Gua ingat lagi.., blog yang mula-mula gua buka adalah blog 'Pusaka Ayahnda' pada tahun 2008.. Masa tu, blogger pro kerajaan boleh dikira dengan jari beb..
Dan masa tu, semua blogger yang gua kenal buat kerja secara sukarela.. Thats mean.., trully ikhlas nak pertahankan ideologi dan polisi kerajaan..
Masa tu.., blogger old timer semuanya sama level.., sama kasta dan juga tak pernah rasa diri memasing hebat..
Gua ingat lagi first time gua officially jumpa dengan blogger pro kerajaan di PRK Permatang Pasir.. Tak ada protokol, tak ada birokrasi beb..
Kita orang makan bersama, lepak bersama dan tidur dilantai command centre sambil update blog.. Hebat beb zaman tu..
Sebelum tu, bukan gua tak pernah join pilihanraya kecil, tapi gua lone ranger.. Gua lah koboi yang bertemankan "kuda" 100sport gua merayau sini sana..
Lepas berakhirnya PRK Pmtg Pasir, blogger pro kerajaan mula start berkolobrasi dan buat kerja secara berpasukan. Dan hasilnya, UMNO/BN mula menang disetiap PRK bermula dari Bagan Pinang..
Persepsi diadun dengan fakta, memang berjaya buat puak pembangkang jatuh tersembam beb.. Sapa berani pertikai kerja blogger old timer masa tu?
Semua kerja blog sangat tip top sampaikan kerap penulisan blogger disiarkan dalam paper harian.. Dan ada blog yang masuk TV beb..
Gua pun tak terkecuali, tulisan gua dalam blog kerap disiarkan dalam Utusan di segmen rencana dan Suara Blog masa tu..
Terima Kasih Utusan diatas jasa tersebut.. Bangga giler beb bila tulisan keluar paper time tu..
Untuk pengetahuan korang, masa tu semua blog mempunyai penulisan tersendiri. Tak mainlah copy paste beb.. Semua genuine articles.. Dan update blog pulak taklah sekerap sekarang.. Gua sendiri update blog 2 kali je sehari.. Tu pun kalau rajin...
Kalau nak laju pun.., time PRK je lahh.. Mungkin boleh cecah 5 articles sehari masa time tu sebab banyak isu yang nak dilaporkan dan dikongsi bersama pembaca blog..
Pasal tu lah masa tu tak ramai blogger pro kerajaan.. Puncanya.., tak semua orang boleh menulis artikel beb.. Dan tak semua orang boleh menulis artikel yang memberi kesan kepada pembaca untuk menyokong kerajaan dan meluat pada pembangkang..
Nak hentam kerajaan memang senang, tapi nak pertahankan kerajaan dan buat orang percaya kerajaan kita ni bagus, memang susah.. Setakat bodek bos dan jilat pemimpin, itu lain beb.. Itu blogger hantu raya namanya.., bukan blogger pro kerajaan.
Bila Umno dah buka mata pasal pengaruh blogger dalam perang politik.., mulalah timbul masalah baru.. Masalah Pemerdagangan manusia!
Ada orang yang cari duit mudah dengan mempergunakan bloggers pro kerajaan yang ada.. Caranya mudah je beb.. Senaraikan nama-nama blog yang ada, dan tunjukkan list tu pada Menteri atau Agensi bagi mengutip dana..
Kononnya, para bloggers yang tersenarai tu dorang yang jaga, padahal blogger sendiri tak sedar dirinya kena jual.. Sadis beb.. Blogger pro kerajaan jadi lagi teruk dari pelacur tau masa tu..
Yang jadi "Saudagar Unta" ni.., semua kaya raya beb.. Semua jadi mewah hanya jual nama bloggers..
Blog gua time tu pun tak terkecuali dari jenayah terancang nih.. Dan bila gua sedar.., time tu lah gua ambik keputusan untuk tutup blog gua..., lepas balik dari PRK Sibu kalau tak silap...
Sedih beb bila blog sendiri kena tutup angkara manusia-manusia celaka yang nak cari untung mudah...
Kita sambung lagi malam nanti... Nak habis dah niii.... Hehehehe...
p/s: Sorilah yee kalau korang boring.., hari ni MPP Online buat segmen "sepi mengenang nasib".. Kenapa gua buat macam ni? Nanti gua ceritakan masa segmen terakhir malam nanti... Tunggu yee..
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Amboi, menitik air mata gua baca kisah MPP. Hahaha. Steady steady. Harap, kami blogger blogger mentah boleh belajar dari blogger taikotai ni
BalasPadamAlif.., mana ada taikotai bro.. Semua blogger sama saja.. Tak kiralah blogger porno ke, blogger artis ke, blogger kereta ke.., blogger masakan ke.., yang penting happy.
BalasPadamDan yang paling utama, jangan ada dengki dan cari gaduh sesama kita.. Hanya blogger cap khinzir je suka cari pasal sesama sendiri..