BREAKING NEWS

Mahasewel jadi jadi kaldai PAS bantah PTPTN.

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mohamad berkata, kerajaan perlu menghapuskira hutang berkenaan sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan melupuskan pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir RM600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira?

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira. Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.

Ketika dihubungi selepas itu, Mohamad berkata perhimpunan tersebut antara lainnya akan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia.

"Tarikhnya mereka belum tahu lagi bila," katanya.

7 ulasan :

  1. tak de duit nak blaja... kerajaan bagi pinjam duit... nothings free in this world..

    BalasPadam
  2. Depa faham ke PTPTN ni dibuat untuk ape? Untuk menanggung pembiayaan pelajar selama belajar di IPT IPTS....jadi pelajar yang dah habis perlulah membayar agar pelajar baru pula dapat menikmatinya..janganlah tamak..kalau dihapuskan terus..nanti orang Melayu dilihat semakin manja dan malas berusaha..

    BalasPadam
  3. "Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira. Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

    pelajar yg akan berkhidmat kepada negara.........

    BalasPadam
  4. dalam dunia ni tak ada negara yg sediakan kemudahan untuk pelajaran macam Malaysia. Masaalah Mat Sabun ni dia sekolah di Malaysia aja, macam katak bawah mangkok.orang negara lain kalau tak ada duit sendiri jangan mimpi nak masuk U hatta negara maju macam Amerika tu. Lu fikirlah kimak. Kalau dah beri belanja belajar tu bayarlah sikit-sikit bila dah kerja. orang lain pun nak guna juga.

    BalasPadam
  5. kalau PTPTN dihapuskan apa akan jadi? satu orang hutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 kalau satu juta orang berhutang RM3,000 dah berapa?

    kerja membangkang cukup bulan amik gaji, cukup bulan amik gaji, cukup bulan amik gaji, setahun dah berapa banyak duit bayar gaji pembangkang untuk seorang, kemajuan takder last² tebang balak muda, pakai duit tabung memali, jual tanah kerajaan negeri.

    macam ni rupanya kepala otak orang pas, patutler negeri dibawah pentadbiran pas tak maju.

    nak jadi pembangkang biar pembangkang yang membina bukan melingkup..

    BalasPadam
  6. A'AAAAAA...WUUUU...HUH...HUUUUUUUUUUUU

    BalasPadam
  7. MAT SABU JADI BODOH LAGI.....TAK HABIS-HABIS BODOH DAN BEBAL....APA NAK KISAH DENGAN SABU NI,PEDULIKAN MANGKUK HAYUN NI SEBAB DIA NI BODOH SEMENJAK KECIL LAGI.....IDEA DIA DARI DULU SAMPAI KINI SAMA NILAI DENGAN SAMPAH...TAK BOLEH PAKAI...MACAMANALAH PUAK PAS BOLEH TERTARIK DENGAN MAKHLUK ISTIMEWA INI......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online