Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu, berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban, itu juga mengaku sebagai nabi.
Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksud. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik akhbar harian Sowetan.
Tidak cukup dengan pendedahan itu, Mthembu mengatakan, ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga. Saat itu, katanya, dia singgah di sebuah planet Jadalem yang tertutup air dan ais.
"Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan.
Kepada Sowetan, Mthembu mengisahkan, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatanginya di rumah dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika "malaikat" itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.
"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya pada Sowetan.
Mthembu juga mengatakan, Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.
"Sebenarnya yang terjadi pada hari itu adalah terjadi pertemuan besar di syurga, yang dsebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan setan," terangnya.
"Nabi mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan awal hitungan untuk kiamat," ujar Mthembu.
Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga, pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.
"Saya tidak tahu mahu percaya atau tidak," kata seseorang yang melihat "peta syurga" di rumah Mthembu.
"Menurut saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang percaya itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya," ujar pengunjung itu.
Mthembu mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu saat nanti pasti ada orang China, England, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga. "Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat," katanya.
Selain membuat "peta syurga", Mthembu juga menulis beberapa buku yang berisi perjalanannya ke syurga.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Eloklah PAS menghantar wakil atau Nik Aziz sendiri utk menentukan sorga mana yg telah ditentukan utk penyokong dan penganut Islam PAS.
BalasPadamMthembu mengaku nabi, Nik Aziz pun dipercayai sesetengah penyokongnya setaraf 'nabi'. Sama taraf, jadi tak kekok utk bertukar pandangan atau utk menentukan sorga mana utk penyokong masing2.
Tanda dunia dah terlalu tua dah!
kalau dah ada pelan lagi bagus negro ni masuk pas sebab tiket masuk syurga ada kat nik ajis...
BalasPadampejuang hamas...