BREAKING NEWS

Anwar hanya pandai berjanji.., sebab tak perlu keluar modal..

Pemimpin Umno menyifatkan kenya­taan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi golongan berpendapatan rendah hanya retorik, populis dan terdesak untuk meraih simpati menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut tidak benar kerana selama ini Barisan Nasional (BN) telah lama berjuang membantu rakyat.

Menurutnya, usaha membasmi kemiskinan di negara ini dilakukan melalui pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

“Usaha tersebut bermula 1970 lagi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula rak yat. Kini usaha kerajaan diteruskan dengan melaksanakan pelbagai transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Anwar hanya bercakap, sedangkan kerajaan terlebih dahulu merancang dan membantu rakyat.

“Kerajaan merancang dengan teliti dan melaksanakan pelbagai transformasi, antaranya tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pendidikan, membasmi rasuah, pengangkutan awam, jenayah dan dua program untuk meningkatkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka

“Anwar hanya retorik untuk populis walaupun sebenarnya bertentangan dengan apa diucapkan,” katanya.

Beliau berharap, rakyat tidak menerima segala tuduhan dilemparkan pembangkang tanpa berfikir panjang.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, Anwar menjadikan dirinya seperti pejuang yang cuba membela golongan berpendapatan rendah.

“Beliau hanya retorik meraih sokongan menjelang PRU13. Tindakan itu sebagai strategi pembangkang yang meletakkan emosi dengan bermain fakta dan angka.

“Saya yakin rakyat tidak akan terpedaya kerana mereka berpengetahuan dan mempunyai jati diri. Mereka tidak tunduk kepada janji manis pembangkang” katanya.

Idris berkata, rakyat bijak menilai kredibiliti pembangkang setelah melihat sendiri nenegeri ditadbir kerajaan pembangkang.

Sebelum ini, Anwar dalam satu ceramahnya yang dipetik melalui satu portal berita memberitahu, PR akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk PRU13 akan datang.

Menurutnya, perjuangan pada pilihan raya nanti adalah antara golongan berpendapatan rendah dan golongan kaya, iaitu kroni kerajaan.

5 ulasan :

  1. Janji senang, tapi nk tunai susah... Bila nak buat nanti mau bankrap negara...

    NURUL IZZAH TAKUT DITELANJANGKAN RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. apa lagi si bangsat ni nak kencing???

    makin dekat dgn ge13 makin berterabur kencing si tua kutuk ni...

    nak pakai pampers tua takut sibengkok dalam seluar dia merajuk kot...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  3. sepatutnya pemberi komen hendak lah menggunakan perkataan yang sama taraf dengan penyokong pembangkang dan jangan terlalu akedemik...orang kampung tak faham..salah satu sebab mengapa mereka mendapat sokongan kerana perkataan dan cara penyampaian mereka adalah sealiran dengan pemahaman yang mendengarnya. cuba guna cara tersebut mithalnya perkataan hipokrik. itu biasa kalau kita cakap, tapi cuba sebut munafik...Amacam? sudah pasti melenting sedangkan kedua perkataan tersebut membawa makna yang sama aja....itu pendapat saya

    BalasPadam
  4. si Anwar ni dok pandai janji je...orang lain dok buat kerja bantu rakyat membina negara....dia tak de keja lain pusing-putar dan klentong seluruh negara...bila agaknya dia berkesempatan selesaikan masalah rakyat??...padanlah janji Pru 12 tak dapat tunaikan dan sekarang buat janji lagi...jijah mana omega aku jijah, mana jijah omega aku jijah!he he he!

    BalasPadam
  5. aku pun boleh abg non oi...kalau aku jd pm aku buat lapangan terbang kat depan tiap 2 rumah org...amacam janji aku..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online