BREAKING NEWS

Awek Myanmar lagi HOT dari cewek Indon laa...

Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir hari ini.

Najib telah menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya Khamis.

Namun, katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut.

"Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya.

"Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya," katanya.

Najib berkata, Malaysia bersifat terbuka berhubung pengambilan rakyat Myanmar untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Sambil menyifatkan rakyat Myanmar sebagai "rakyat yang sopan", Najib berkata, ia tidak menjadi sesuatu yang sukar untuk meneruskan dengan cadangan itu jika mereka mampu dapat menyeduaiakn diri dengan budaya di Malaysia.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau telah memaklumkan kepada Myanmar bahawa kira-kira 250,000 rakyat Myanmar telah didaftarkan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P). - Bernama

2 ulasan :

  1. lagi HOT lagi bahaya buat pembantu rumah...hmmm

    BalasPadam
  2. amik amah bukan untuk dijamah...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online