BREAKING NEWS

Kesian gadis ni.. Dah la dirogol.., dipaksa kahwin pula..

Dah la dirogol dengan ganas, lepas tu dipaksa pula berkahwin dengan lelaki yang merogolnya. Cuba korang bayangkan perasaan gadis tu..

Yang untungnya adalah si perogol sebab dia langsung tak dihukum. Yang malang tentunya gadis tersebut sebab dia akhirnya membunuh diri..

Kisahnya..,seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan.

Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier, Rabat, memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan.

Beliau tidak menghukum perogol terbabit.

“Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya “menyelesaikan” isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya,” lapor akhbar harian tempatan, al-Massae.

Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya.

“Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol,” kata akhbar itu.

Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya.

Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu.

3 ulasan :

  1. undang2 yg x adil langsung. puak2 PKR sUka sangat la dgn benda2 macam ni. selamatkan malaysia dari PR

    BalasPadam
  2. undang2 ni yang akan memberikan imej buruk pada agama..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online