BREAKING NEWS

Regim zionis Penang serang kereta Adun Umno?

Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad kerugian lebih RM2,000 selepas keretanya yang diletakkan tepi jalan berdekatan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, dipecahkan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, beliau yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, terkejut apabila mendapati cermin hadapan bahagian pemandu dan penumpang belakang kereta miliknya pecah.

Menurutnya, beliau singgah di masjid itu menunaikan solat Jumaat sebelum mengambil anak perempuannya yang menghadiri kursus di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas.

"Sebaik tiba di kereta, saya terkejut apabila melihat serpihan cermin kereta bertaburan. Cermin tingkap tempat belakang di sebelah kanan turut dipecahkan.

"Saya dapati satu beg yang mengandungi komputer bimbit bernilai lebih RM2,000 dan semua dokumen serta gambar penting dicuri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, barang lain seperti kotak yang mempunyai topi dan baju 1Malaysia tidak diambil.

Muhammad Farid membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau - Sinar Harian.


p/s: Cuba kalau perkara ni jadi pada wakil rakyat Pakatan, confirm dorang kana tuduh Umno punya kerja... Tapi terbukti pemimpin kerajaan ni semua baik belaka.. Bila kena musibah macam ni, terus report Polis dan biar pihak berkuasa buat siasatan.

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online