BREAKING NEWS

Janji terbaru Pakatan..,semua Tol akan dimansuhkan..

Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan.

Berhubung Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.



p/s: Senang sungguh jadi pemimpin Pakatan.. Kerja tak payah buat, janji kencing mau kuat.. Kalau setakat berjanji, gua pun boleh janji beb.. Bukan kena keluar modal punnn...

Memang banganglah kalau sapa percaya janji puak-puak munafiq tu.. Tol di Penang pun dorang tak berani mansuh, inikan pulak nak hapus Tol satu negara..

6 ulasan :

  1. lepas ni janji free triip ke marikh lah pulak, kalau setakat janji di mulut penipu, pembohong dan pembelit rakyat ni memang mudah, apasal tak janji nak bagi free minyak kepada semua rakyat jer? bengang dan sengal, bosan arr dengan Penipu Rakyat ni! paling2 pun dia bawak masuk sekutu zionis die tu jer ke Malaysia, kan ker PAS dah HALAL kan... uweeekkk

    BalasPadam
  2. janji lagi... janji lagi...DSAI janji sendiri kepada penduduk Kg Buah Pala ketika berkempen di sana pada 2008, jika BN jatuh maka kg mereka akan selamat.. tp hari ni kg buah pala still tergadai.. janji tinggal janji.. takkan nak percaya kpd janji2 baru.. nak mansuh PTPTN??? bunyik mcm sedap tp Tol Batu 3 shah alam smp skrg tak mansuh lg spt janji PRU 12 yg lepas, rasa2 jnji baru ni akan tunaikan ke x??

    BalasPadam
  3. manifesto PKR bg PRU13 ialah semua lorong kunyit seluruh negara (tempat pondan2 menyundal) akan dinamakan Lorong Anuwar Ibrahim atau pun Al Juburi wal Israeli

    BalasPadam
  4. kenapa tak janji buat lebuhraya lagi luas dan panjang,janji nak hapus tol je buat apa sebab tak keluar modal,tapi bila dah menang pelbagai alasan diberi dan menyalahkan kerajaan dahulu,

    BalasPadam
  5. tidak menyokong mana-mana pihak samaada BN @ PKR,tp kalau tol di mansuhkan di seluruh malaysia,bagaimana pula dengan kos penyelengaraan,adakah dengan penghapusan tol boleh menampung perbelanjaan negara untuk menangung kos baik pulih jalanraya untuk jangkamasa panjang ? , ini kerana jalanraya di negara ini digunakan pelbagai kenderaan.penyelengaraan secara berterusan perlu dilakukan bagi mengelakan permasalahan ...

    BalasPadam
  6. Sebenarnya aku kurang arif tentang ni. Tak tau nak tanya sapa.
    Apa beza cukai jalan dengan kutipan duit tol..?
    Selain beza duit tol boleh dikutip hari-hari dan cukai jalan setahun sekali..??
    cukai jalan tak cukup nak tampung duit repair jalan highway ek.?
    Hmm.. persoalan dari orang yang kurang arif bab ni.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online