BREAKING NEWS

Ekslusif !! MPP Online nak join DAP? (Part 1)

Masuk hari ni, bermakna dah 2 tahun blog MPP ber'online'.. Dan hari ni juga.., rupanya dah 4 tahun gua berblogging dan berstatus blogger marhaen..

Sebenarnya, gua aktif dalam dunia siber sejak tahun 2001 lagi.. Zaman komputer slow gila dan zaman modem dial-up caj ikut saat.. 5 sen sesaat kalau tak silap gua masa tu..

Dan time tu.., gua sibuk bertegang urat dengan puak Pakatan di laman sembang.., kemudian diteruskan didalam laman forum.. Masa tu mana ada blog beb.., goblok ada laa..

Hasil berperang dalam laman forum dan laman sembang.., kerajaan BN menang pada PRU11 dengan cemerlang.. Semua orang suka masa tu sehinggalah KJ dan bebudak tingkat 4 merosakkan reputasi parti dimata ahli Umno sendiri..

Hasil dari perbuatan KJ and the geng.., kerajaan BN hilang 5 negeri lepas PRU12. Sebab tu gua selalu kata, BN kalah pada PRU 12 tu bukan sebab pembangkang kuat.., tapi sebab BN sendiri lemah.. Senang cakap, Umno sendiri lemah beb..

Ramai ahli Umno sabotaj parti masa hari pengundian.. Gua? Still undi BN masa tu walaupun gua tak suka dengan BN.. Sebabnya, gua tak percaya pembangkang masa tu boleh perintah dengan lebih baik..

Biar gua cerita kat korang antara faktor disebalik kekalahan BN pada PRU12 yang ramai tak nampak.. Selain dari faktor utama iaitu kenaikan harga barang dan harga petrol, media siber memang membantu kekalahan BN masa tu..

Yang banyak orang tau, Kickdefella dibayar RM4 juta untuk burukkan imej Tun Abdullah, Perdana Menteri masa tu.. Tapi bagi gua.., rugi je PAS bayar RM4 juta pada Kickdefella sebab imej Pak Lah dah memang teruk..

Patutnya PAS bayar pada KJ dan team tingkat 4.. Dorang tu yang berjaya buat nama Pak Lah dan BN buruk beb..

Umno masa tu dibawah KJ telah melupakan cybertroopers yang selama ni siang malam berhujah dalam laman sembang dan forum maya.. Sampai satu tahap, ada geng cybertroopers dihalau macam anjing dari bangunan Umno sendiri..

Lepas tu.., Umno dibawah KJ menubuhkan cybertroopers baru.. Kerja dorang mudah beb.. Perjuangan group baru tu berlandaskan 3M setiap hari..

Apa menatang 3M tu..? 3M tu ialah..., Membodek pemimpin UMNO hingga mati.., Menjilat pemimpin UMNO hingga ke kaki.., dan Mengampu pemimpin UMNO guna 10 jari..

Sekarang ni banyak blogger dah jadi macam tu, mengampu pemimpin tak ingat dunia walaupun pemimpin tu terbukti tak boleh buat kerja.. Janji mahsyuk beb..

Ini berbeza dengan zaman Tun Mahathir yang semua ahli berkerja untuk parti.., bukan untuk pemimpin. Tapi yang tu lah jadi masa zaman KJ jadi 'Perdana Menteri'...

Pasal tu lah kalau korang tengok, masa tu semua cybertroopers yang sokong kerajaan sebelum PRU11, semuanya lancarkan perang saudara pada 'geng parasit Umno' di Tingkat 4..

Hasilnya, KJ jadi 'Perdana Menteri' hanya satu penggal saja beb.. Dan gua amat simpati pada Pak Lah sebab bagi gua, Pak Lah adalah orang yang amat baik.., cuma beliau dirosakkan oleh 'menantu Sazali'nya tu..

Dalam masa pejuang siber Umno berperang sesama sendiri, gua nampak bebudak PAS dapat senjata baru dalam perang politik. Blog! Ramai diantara dorang buat blog masa zaman KJ memerintah dan menghentam kerajaan serta menyebarkan persepsi dikalangan generasi muda..

Masa tu, blog dianggap sebagai medium yang paling credible untuk mencari maklumat. Dan bebudak pro kerajaan tak nampak perperangan politik dari sudut tu.. Ye lah kann.., sibuk berperang sesama sendiri, sapa nak lawan pembangkang?

Blogger pembangkang khususnya blogger PAS menguasai alam siber dan berjaya memaksimumkan usaha menghentam kerajaan. Terus terang gua cakap beb.., kerajaan BN masa zaman Pak Lah, langsung tak ada defend dari segi cyberwar.

Korang bayangkan lah.., blog Tun Mahathir sendiri pun hentam kerajaan, so sapa teringin nak defend BN masa tu?

Hasilnya.., macam yang korang sedia maklum, BN tewas 5 negeri dan Umno hilang banyak sokongan dari ahlinya sendiri.. Time ni lah gua mula belajar buat blog dan mula berperang dalam blogsphere bersama kengkawan blogger..

Apa nama blog gua masa tu? Nanti kita sambung cerita ni petang nanti... Pasal gua nak join DAP tu, tak mungkin rasanya kot.. Takkan lah gua nak join parti laknatullah tu.. Dah hilang akal ke apa?

Mungkin join PKR kot? Korang tunggu je lah sambungan cerita ni nanti... Sabar yee... Hahahaha...

3 ulasan :

  1. Hehehe

    miker ni buat Teman suspen jer

    BalasPadam
  2. Bagi aku xde 1 parti pun bagus kt Malaysia ni..semua ade keburukan..tp yg kire paling ok yg boleh memacu negara aku tgk adalah kerajaan BN berbanding pembangkang yg celaru, DAP racist, xpandai urus negeri sendiri..so no choice la nk xnak terpaksa undi BN walaupun ade kes rasuah, scandal, harga brg naik...harap 1 hari nanti lahir 1 parti ala-ala BN yg telah "modified" yg mane cuma amik yg jernih dan buang yg keruh dr BN tu..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online