BREAKING NEWS

Dihukum pancung kerana merogol dan meliwat... Wohaa!!!

Ini kisah yang terjadi di Jeddah Arab Saudi.. Gua tak tahulah macam mana keadaannya kalau hukuman sebegini dilaksanakan di Malaysia..

Gua rasa, mau lari Anwar dan Badrulamin selepas dorang kantoi dalam kes maksiat masing-masing..

Sapa nak tunggu beb.., bukan sebat atau penjara.., tapi pancung kepala terus woo..

Dan korang jangan tanya gua sama ada hukuman pancung yang dipraktikkan tu adalah hukum hudud atau tak? Baik korang pergi tanya Nik Aziz..

Berita Agensi melaporkan.., tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Kanada dihukum pancung di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki.

Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Kanada dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News.

Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas beliau menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah.

Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam.

Polis menyiasat kes itu dan menahan pesalah tidak lama kemudian.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online