Dua tiga minggu ni, banyak pulak terdengar kejadian culik dalam negara.. Jadi, gua rasa kaedah yang digunapakai oleh negara jiran ni mampu halang kejadian culik berlaku terhadap anak-anak kecil diluar sana..
Sebagai peringatan, cara ni hanya berkesan kepada anak-anak kecil yang belum tahu bersosial dan juga tak ada boifren..
Kalau korang ada anak dara yang gila nak berlaki atau gatal berboifren sana sini macam budak pompuan Nur Fatihah di Kuantan tu, cara ni tak berkesan sebab dia sendiri akan offer diri dia untuk diculik..
So.., anak dara gedik dan gatal macam tu, elok bagi kawin je awal-awal.. Biar dia tahu sedap kawin tu hanya 5 minit dari 24 jam dalam sehari..
Berbalik kepada cara-cara mengelakkan anak kecil korang diculik.., kita kena faham bahawa teknologi hari ni telah memberi manusia kemudahan dalam melakukan aktiviti dan bersosial.
Tapi teknologi juga memudahkan orang melakukan jenayah. Salah satu contohnya adalah kebiasaan para ibu-ibu muda untuk mempamerkan foto anaknya di akaun Facebook. Tindakan ini mungkin boleh membahayakan anak anda.
“Ramai kaum ibu suka gambar-gambar anaknya dipamerkan di Facebook. Ternyata, ini memberi peluang kepada penculik. Peningkatan kes penculikan sekarang juga salah satunya disebabkan kesilapan ini sehingga orang tua menjadi makin paranoid,” kata Arist Merdeka Sirait, ketua Suruhanjaya Nasional perlindungan Anak dalam perbincangan bersama media di Plaza Bapindo, Jakarta.
Jika dulu penculik kena sering memantau mangsa yang akan diculik, sekarang cukup dengan membuka Facebook penculik boleh mencari korban dengan mudah. Apalagi data mengenai pekerjaan dan kesibukan orang tua juga boleh diketahui melalui Facebook.
Kebanyakan kes penculikan terjadi ketika orang tua cuai dan membiarkan anak tanpa pengawasan. Untuk mengelakkan ianya terjadi, maka tetapan keselamatan di akaun Facebook juga perlu diperketat.
Gambar-gambar anak dan foto-foto lain yang bersifat peribadi sebaiknya ditetapkan supaya ia hanya boleh dilihat oleh keluarga, kawan, atau orang-orang tertentu yang dipercayai dan tidak semua orang dapat melihatnya.
Fikir-fikirkanlah ye..
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
tak payah letak lagi baik, kalau nak berface book pun jangan masukan mereka sebagai kumpulan keluarga, just sebagai kawan. no mater how close you are, it safe not to let other know your family.
BalasPadam