BREAKING NEWS

DAP anggap PRU13 paling kotor dalam sejarah..

Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, DAP mendakwa isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi "pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia."

Ramai membuat spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan Mei atau Jun.

Dalam perutusan sempena ulang tahun ke-46 penubuhan DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, kunjungan para pemimpin Barisan Nasional (BN) ke setiap untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.

"Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka.

"Pemimpin-pemimpin PR seperti (Ketua Umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas Mat Sabu (Mohamad Sabu) dan saya sendiri telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila kami menghadiri acara-acara awam," katanya dalam perutusan yang diedarkan kepada media.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh seorang penyokong BN di Pahang baru-baru ini.

"Ini bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal," katanya lagi.

"Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah. Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,000 sebagai sogokan," kata beliau.

Guan Eng juga berkata, kewujudan politik DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu iaitu "Duit, Media, Jentera Kerajaan" dan "Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR dan juga Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya" dalam PRU13.


p/s: Hahahaha..., ni semua taktik lama Pakatan untuk huru-harakan negara kalau dorang kalah PRU nanti.. Yang nak buat kotor tu dorang lahh.. Taktik basi laa Ah Beng...

1 ulasan :

  1. orang yg selalu membuat kekotoran saja yg tau,ibarat pembuat sabun pencuci bahawa produk mereka saja yg terbaik, walhal habuk pun tak de.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online