BREAKING NEWS

Anwar bukan takut.., tapi sebenarnya tak mau berdebat dengan Raja Petra..

“Bukan takut rahsia bocor tapi bukan taraf Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). BN (Barisan Nasional) cuba ubah isu kerana orang yang sepatutnya berdebat dengan Anwar adalah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak),” kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai penakut kerana keengganannya berdepan dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

"Saya yakin BN sengaja mengubah topik kerana mahu mengelak kerana khuatir banyak rahsia mereka bakal terbongkar sekiranya menerima pelawaan itu."

“Sekarang kita cabar pula sama ada Najib berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Anwar. Kenapa pula mengubah isu Raja Petra dengan Anwar? ini bukan soal keberanian tetapi kita mahu individu yang layak,” katanya semalam.

Dalam perkembangan lain, Jui Meng enggan mengulas sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana menganggap ia masih terlalu awal, selain menyerahkannya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memilih.

“Sama ada DAP atau PKR yang bertanding di kerusi itu bukan masalahnya. Hubungan kami masih mesra seperti dulu, malah terus bekerjasama erat untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang,” kata bekas pemimpin MCA itu lagi.

1 ulasan :

  1. Aku Sayang Tun Mahathir20 Mac 2012 pada 4:45 PTG

    ..hahahahaha.....sape kata cina tu pandai?

    see....cibai jui meng as a bloody good example!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online