BREAKING NEWS

Janda muda di samun dan dirogol.. Selangor jadi tempat berbahaya..

Gua tumpang simpati dengan nasib yang menimpa seorang janda muda di Selangor tu..

Mangsa bukan saja disamun, tapi beliau juga dirogol oleh jantan-jantan keparat yang tak berotak..

Kejadian memalukan ni berlaku di Selangor, negeri yang dikatakan paling maju dan terkaya dalam negara..

Dan Selangor sekarang ni diperintah oleh Pakatan yang dikepalai oleh Khalid gagap..

Apakah Selangor dah jadi negeri yang paling berbahaya kepada para janda di Malaysia?

Kalau betul Selangor negeri terkaya, kenapa rakyatnya masih perlu menyamun? Anwar Ibrahim sebagai Penasihat ekonomi Selangor wajib buat sesuatu mengenai hal ni..

Kisahnya.., seorang janda anak satu yang berhasrat untuk memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan suaminya ditimpa malang apabila dia bukan sahaja disamun, malah dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki di kawasan Bukit Raja, Klang, Selangor kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 malam itu berlaku apabila janda muda berusia 20 tahun itu didatangi oleh dua lelaki bersenjatakan pisau sebelum mengarahkannya menyerahkan telefon bimbit dan wang RM150.

Suspek kemudian membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari kawasan dia disamun sebelum dirogol.

Sumber memberitahu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja.

"Wanita tersebut yang telah bercerai dengan suaminya baru-baru ini tinggal di Bandar Sunway, Petaling Jaya dan datang ke rumah saudaranya di kawasan tersebut untuk memulakan hidup baharu sejak dua minggu lalu," katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online