BREAKING NEWS

Anwar berceramah dengan Salman Rushdie di India.

Mengenali stail politik Anwar Ibrahim, dia ada muslihat tertentu apabila sengaja memperbesarkan sesuatu isu.

Dalam kes Salman Rushdie, nampaknya Ketua Pembangkang ini amat berminat supaya isu tersebut diperdebatkan, dilanjutkan dan dibicarakan mungkin dalam versi berbeza di luar negara dan dalam negara.

Apa umpannya..apa muslihatnya, sedangkan satu dunia sudah mengetahui prinsip Anwar Ibrahim dengan Salman Rushdie ?

“Saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah”, kata Anwar dalam twitternya, 16 Mac yang turut dipanjangkan ke blog rasminya.


Apakah maksud kata-kata Anwar dalam twitter itu ? Adakah bermaksud Anwar memboikot program ‘India Today Conclave’ kerana penganjur itu turut menjemput Salman Rushdie ?.

Orang awam yang terpedaya dengan muslihat permainan kata-kata Anwar mungkin memahami begitu. Tetapi itu bukan maksud sebenar Anwar kerana dia tetap hadir program anjuran kumpulan media India, indiatoday dengan kerjasama kerajaan United Kingdom (UK) itu.

Anwar, mungkin tidak mahu lagi mengulangi tragedi ‘Apology Tour‘, jika dirinya dianggap kontroversi kerana memboikot program anjuran kerajaan UK yang memberi gelaran ‘Sir’ kepada Salman Rushdie yang turut menjemput pemikir Zionis kotemporari, Henry Kissingger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) itu.

Baca seterusnya di AIDC..


p/s: Tak ada bezanya Anwar Ibrahim dengan Salman Rushdie.. Dorang berdua tu sebenarnya adalah individu yang sanggup mengadaikan apa saja demi kepuasan peribadi..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online