BREAKING NEWS

[VIDEO] 43 helai sejadah berdiri di Pahang..


Sebanyak 43 sejadah didapati berdiri di Maahad Tarbiyah Darul Islam di Maran Pahang baru-baru ni..

Kejadian disedari oleh beberapa pelajar di Maahad berkenaan sebelum kejadian tersebut dilaporkan kepada guru Maahad.

Sejumlah sejadah yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan secara misteri berada didalam keadaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.

Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian tanpa sebarang gangguan.

Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak awal pagi bagi melihat sendiri fenomena yang berlaku.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

2 ulasan :

  1. Nak tergelak pun ada, bila tengok di Berita TV3 berkenaan perkara ini...

    Allah tak suruh sejadah untuk solat dan sebagainya dan Allah pun tak perlu nak jadikan alat untuk menyedarkan manusia. Dah berpuluh Nabi diutuskan, masih nak tolak Islam juga?? ..Nak tunggu sejadah sebagai petunjuk...

    Yang aku geli hati.. ada pulak bebudak dalam surau tu dok baca Quran depan sejadah tu .. Untuk apa?? Sunat mengadap kiblat ..tapi aku tengok bebudak tu bersandar di dinding membelakangkan kiblat dan menghadap ke kain yang dinamakan sejadah ...

    Lepas satu kurafat ke satu kurafat

    BalasPadam
  2. Sekarang zaman canggih kamera,video semua ada di tangan.Dari dulu hingga sekarang belum ada yang dapat membuktikan benda ini sedang berlaku bukan sudah berlaku.seperti kubah terbang di indonesia.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online