BREAKING NEWS

PAS memang Parti Ajaran Sesat... Syabas MB Terengganu!!!


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan tunduk kepada desakan Pas yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, Ahmad bersedia disaman oleh Pas berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap Pas itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh.

“Ikut pandai dia lah (terserah pada Pas), saya tunggu (bila Pas akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan UMNO) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di daerah ini hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai pendiriannya berhubung desakan Pas agar beliau menarik balik kenyataannya selepas melabelkan Pas ‘parti ajaran sesat’.

Minggu lalu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad agar menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Amaran itu dinyatakan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa sekiranya dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataannya, parti itu akan mengambil tindakan terhadapnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti jelas dan nyata, kata beliau, adalah ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah Pas berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” tegasnya.


p/s: Gua respek betul dengan MB Ahmad Said.. MB Terengganu ni memang berani bila kata secara terbuka bahawa PAS parti ajaran sesat.. Tak ada playsafe beb..

Sepatutnya dah lama pemimpin-pemimpin utama kerajaan hentam PAS macam tu.. PAS memang dah lama 'sesatkan' rakyat dengan dakyah songsang dorang..

So.., gua sokong tindakan MB Ahmad Said.. Bravo MB!!!

2 ulasan :

  1. baru tersentak penyokong dan pemimpin2 pas haa haaa selama nie mereka dok perasan islam tu pas pas tu islam pada hal pas tu parti politik mcm parti yg lain je yg ade agenda dan terdedah kpd kebaikan dan kelemahan berdasarkan kualiti kepimpinan.

    BalasPadam
  2. member2 aku ramai yg fanatik ngan PAS, konon ISLAM, padahal dlm ramai2 tu la yg slalu tinggal subuh, hatta ada yg terus tinggal 5 solat fardu... patut la nak masuk PAS sgt, sbb 'gerenti' masuk syurga..? haha, jgn kata MB, dgn aku2 label dorang ni sesat.. kasihan... :p

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online