Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PENDEDAHAN Hasan Ali!! Azan akan DIHARAMKAN di Malaysia.
Comments : 0
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, jika rakyat memilih pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, surau-surau dan masjid-masjid di seluruh negara tidak akan lagi berkumandang azan.
“Bila DAP akan menguasai kita nanti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang pada PRU13, tak ada azan di masjid lagi malah akidah, syariah dan akhlak orang Islam juga akan berkubur,” katanya.
Bercakap kepada lebih 1,500 orang pada ceramah Simposium Perdana, menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Akidah di Dewan Alamanda di sini malam tadi beliau berkata, Pas sebagai parti komponen dalam pakatan rakyat yang memperjuangkan Islam juga akan tunduk kepada pengaruh DAP.
Menurutnya, pengalamannya selama tiga tahun 11 bulan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, cukup jelas membuktikan Pas tidak dapat memperjuangkan Islam jika pakatan rakyat memerintah negara ini nanti.
Hasan berkata, sepanjang tempoh tersebut, terlalu banyak rintangan yang dihadapi hanya semata-mata beliau ingin melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana ia ditentang oleh pemimpin Pas selain penghalang utama ialah DAP dan PKR.
“Bayangkan orang Pas tak bagi saya membasmi arak dan yang lebih besar menyekat kemaraan Kristian malah orang Pas sendiri menghalang saya mencegah murtad yang berlaku di Selangor.
“Kerana itu, saya dipecat dari Pas bukan kerana saya minum arak, berjudi, berkhalwat, berzina atau meliwat tetapi saya dipecat kerana nak mempertahankan akidah, syariah dan hak orang-orang Islam,” katanya.
Lebih mengecewakan Hasan apabila pemimpin tertinggi Pas mengatakan, apa yang ingin dilakukan oleh parti itu berkaitan Islam ia perlu dirujuk kepada DAP dan PKR.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.