Sudah tentu korang pernah lihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta. Sedar atau tidak sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.
Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.
Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta supaya roh kanak-kanak tu rasa tenang.
Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).
Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.
Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..
*sumber xlupa.com
fuyooo comel siot teady bear tu
BalasPadamaku pun perasan trend ni juga. 2-3 kali terserempak keta ada patung. Aku ingatkan untuk ground cas elektrostatik hehehe.
BalasPadamPatutla slalu nampak org taruk patung kat situ.rupanya halau hantu ingatkan saja2 je
BalasPadamlaaaaaaa.... camtu ker?
BalasPadamaku ingatkan ada 'secret group' sebagai 'sign' kepada group dorang....
eheh... betullah tu, group orang thailand yer!