Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Indonesia pun kutuk Anwar sokong Israel..
Comments : 2
Tindakan Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.
Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.
''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.
Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan kelmarin.
Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Kenyataan ketua pembangkang itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.
Hery seterusnya secara terbuka menyifatkan tindakan Anwar itu bermotifkan politik bagi meraih simpati dan sokongan Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara Barat.
Namun tegas beliau, langkah Anwar tersebut terlalu berisiko, khususnya bagi umat Islam di Malaysia mahupun antarabangsa.
''Rakyat boleh sahaja menilai Anwar mencari simpati untuk kepentingan politik jangka pendek, iaitu bagi meraih kejayaan dalam pilihan raya umum Malaysia tidak lama lagi,'' katanya.
Kata Hery, tindakan Anwar membuat kenyataan sedemikian dalam isu melibatkan Palestin dan Israel hanya akan menguntungkan kerajaan Zionis tersebut.
''Saya berharap Anwar akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada media kerana tindakan boleh menyebabkan simpati rakyat kepada beliau boleh berubah sebaliknya,'' katanya.
p/s: Habislah Anwar.., dah makin ramai yang marah sebab dia sokong Israel dalam WSJ hari tu.. Nak buat macam mana.., kebenaran timbul juga akhirnya.. Hanya spesis buta kayu je yang belum sedar dan masih sokong Anwar..
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
seluroh dunia Islam patut mengutuk Anwar kerana menyokong Yahudi
BalasPadamnuar ni perangai pun dh mcm org yahudi,patut la sokong..haha
BalasPadam