BREAKING NEWS

Hasan Ali akan dedahkan rahsia Kerajaan Perpaduan.


Pas yang memecat Datuk Dr Hasan Ali, Ahad lalu dipercayai bimbang kemungkinan bekas Pesuruhjaya Negeri Selangor akan mendedahkan rahsia-rahsia parti termasuk desas-desus bahawa wujud perundingan membentuk kerajaan perpaduan tiga tahun lalu, kata penasihat pusat kajian Ilham Centre.

Muhamad Hisomudin Bakar berkata, tindakan Pas memecat Hasan sebenarnya tidak akan membawa kepada perpecahan atau kesan yang mendalam, sebaliknya pemimpin-pemimpinnya bimbang mereka akan berhadapan dengan senario yang dialami oleh PKR sebelum ini.

PKR, rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, berhadapan dengan siri pendedahan mengenai persekitaran dalaman parti itu dan juga berkaitan dengan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sekumpulan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri keluar parti dan menjadi wakil rakyat mesra Umno dan Barisan Nasional.

"Pas bimbang kalau-kalau isu atau rahsia parti didedahkan kepada media kelak," kata beliau sambil menambah, Hasan sudah tentu tidak akan berdiam diri." - SinarHarian.



p/s: Sepanjang yang gua tahu pasal corak politik Hasan Ali, beliau selalunya akan lawan balik kalau dia didesak..

So, bagi gua, Hasan Ali tak akan tunggu lama untuk dedahkan sapa dalang sebenar disebalik perbincangan kerajaan perpaduan..

Rasanya tak lama lagi kita akan tahu, semua 'player' kerajaan perpaduan ni baik dalam PAS mahupun Umno.. Tunggu je Hasan Ali buka cerita nanti..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online