Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kepala otak kau Mahathir !! - Azmin ali
Comments : 1
Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.
"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.
"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.
"Azmin perlu segera memohon maaf kepada Tun Mahathir atas ucapan kurang ajar tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.
Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.
"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.
"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.

YB AZMIN TAK PATUT CAKAP LAGU TU..? PATUT CAKAP "MAMAK BOLEH DIAM TAK SETANNNNNNNN...." MACAM NAZRI CAKAP NUAR MACAM iblis. BAGI TAHU SI NAZRI TU. DIALAH IBLIS YANG BERWAJAH SETANNNNNNN.
BalasPadam