BREAKING NEWS

BONGKAR!!!! Muslimat PAS sebenarnya nyanyikan Irama Gereja Kristian!!!!


Gua baru lepas bersembang dengan sorang kenalan kristian berkenaan pembebasan Anwar dari kes liwatnya.. Suka bukan main sahabat gua tu sebab dia memang penyokong Anwar..

Dan dalam banyak-banyak cerita, member gua bagitau yang dia cukup pelik bila tengok Muslimat PAS menyanyi di tapak parking Mahkamah hari tu..

Kata dia, irama lagu yang Muslimat PAS nyanyi hari tu adalah irama pemujaan kristian yang biasanya dinyanyikan dalam gereja.. Betul beb.. Irama tu adalah irama Gospel!!!

Ketua kumpulan Koir Muslimat Parking Lot..

Gua pun terkejut bila member gua dedahkan cerita ni.. Kata member gua, apa yang dorang nyanyikan tu ialah 'rendering' dari Gospel music bertajuk 'When the Saints Go Marching In' menggunakan bahasa Melayu..

Sebab tu lah dia rasa pelik sikit bila dengar Muslimat PAS yang terdiri dari wanita Islam menyanyikan irama gereja.. Selalunya Rahib dan Paderi je nyanyi macam tu katanya..

Gua memang tak percaya pada awalnya beb.., tapi bila gua cari dalam Youtube berdasarkan panduan yang diberi oleh member gua tu, rupanya memang betul lah..

Korang tengok sendiri ye video yang gua tepek kat bawah ni...


So.., apa kejadahnya semua ni beb? Takkan Muslimat PAS buta kayu sangat sampaikan sanggup menyanyikan irama Gospel sempena pembebasan Anwar?

Kalau nak menyanyi sekalipun, takkan tak ada irama lain yang boleh dinyanyikan sampai terpaksa pilih irama gereja? Nampak sangat Muslimat PAS semua bodoh melantun-lantun!!

Gua nak tanya Dr Mariah yang sebelum ni sibuk sangat defend perangai monyet Muslimat PAS di parking Mahkamah.., taknak komen ke pasal isu yang gua bongkar nih?

Berani ke Dr Mariah jawab? Irama Gospel tu beb.., bukan irama dangdut tauu... KANTOIIII... Dah terbukti.., istilah bangang tu memang dikhaskan buat pentaksub politik PAS..

Jom kita tengok sekali lagi Muslimat menyanyi Irama Gospel.. Kat Malaysia saja ada macam ni beb... Hahahaha...

17 ulasan :

  1. apa heran ini berkat bersahabat dengan iblis sebagaimana fatwa nabi pas father nicky dan berkat doa yang mustajab yang mana dia telah memohon agar tentera ahzab menghancurkan kebatilan, maka mereka akan berbondong -bondong masuk dalam kebatilan dan selepas itu allah akan hancurkan mereka dalam kebatilan tersebut. alah apa nak heran orang yang mereka puja puji itu adalah penganut pluresme maka tentulah mereka pun mengamalkan plurisme, ada kalanya kita lihat mereka sembahyang lilin, kemudian candle light, lepas tu nyanyi lagu gospel, lepas ni tak tahulah aku, tetapi apa pun bagi mereka ini adalah salah atau perangkap umno. jadi janglah sekali-kali orang umno melakukannya. kerana hukum pas ialah mereka buat tak salah, tapi umno yang salah, apatah lagi kalu umno yang buat tentu dosa umno berganda.

    BalasPadam
  2. Maka terserlahlah kebodohan mereka.... akibat hidup dibawah tempurung..dan mempercayai pendapat mereka je betul..orang lain salah. Lagu macam tu pun x tau asal usulnya..manpak sangat MORON. Lain kali pakai irama sua sui kemuning ( P. Ramli )...

    BalasPadam
  3. Pakaian ikiut Syariat...akhlak ikut Syaiton!

    BalasPadam
  4. mmg bongok la.. nih la hasil ajaran DAP n PKR kepada PAS.. masih xsedaq2 lagi.. xpenah dibuat orang.. mmg PASberuk la..

    Varto Loc0s..

    BalasPadam
  5. semakim rosak dah Pas ni....

    ini lah padahnya kalau dibolehkan berkawan dgn syaitan....

    Pas semakin hari semakin sesat...

    BalasPadam
  6. Hahaha...kalau nak jelas lg cari penyanyi Loius Amstrong...yg nyanyi lagu Wonderful world...lg jelas lyrik dia

    BalasPadam
  7. BETINA PAS nih makin lama bukan saja naik toncang tapi naik TANDUK kat tengah dahi!!!!!

    BalasPadam
  8. muzik ni dah jadi unversal ler..dah macam macam senikata digubah mengikut nada muzik ni..aku dulu banyak jumpa permainan tidowkan baby guna muzik ni..tak adapun majlis fatwa nak kecoh.

    dalam kes ni, cuma memalukan jelah tengok makcik makcik terjerit jerit tengah orang ramai. itu je isunya.

    BalasPadam
  9. Inilah akibatnya asyik dibuai berita dari media yang ternyata berpihak jepada 1 parti sahaja. Kurangnya mendengar ilmu agama di masjid2 dan selalu ikutkan pandangan orang lain dan fitnah menfitnah. Jadilah fan Ustaz Azhar Idrus di Facebook baru kita tau di mana kita di dunia ini. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  10. lagu tersebut dh jd mcm nursery rhymes. Kalau beli cd nursery rhymes, mesti ada lagu when the saints go marching in ni..Tp yg pasti, memang memalukan tengok perempuan x kira peringkat umur terjerit2 mcm tu, suara tu kan aurat? Kata mendokong syariat Islam sepenuhnya, mana pegangan anda di situ wahai Muslimat? Lupa diri semata2 kerana Anwar? Sudah2lah...

    BalasPadam
  11. Assalam semua,
    saya tak menyokong la aktiviti mcm ni, cuma saya nak komen irama lagu ni..rasanya muslimah ni semua tak tau irama ni adalah irama lagu kristian, sebab kat sekolah pun ada diajar irama lagu ni masa marching ( kat sekolah saya tahun 80an-90an dulu tiap tiap tahun ada irama ni, skrg taktau la ada lagi ke tak). kalau kat upacara perbarisan mmg banyak dimainkan irama ni.. cuma tukar lirik jer terutama acara rasmi kerajaan.

    BalasPadam
  12. LAGIPUN...BUKAN KE PAS KATA SUARA WANITA TU AURAT? SAMPAI TAK BOLEH IKUT TILAWAH AL QURAN??

    YANG DOK TERKINJA2 MELALAK2 MACAM MONYET TU APEHAL?

    MALU WEIIII!!!

    BalasPadam
  13. biasa la Aiman Tyra Al-Undi ni mmg perangai mcm tu. actually ramai ustaz n ustazah dlm PAS ni bukan lulusan agama pun.

    mcm ketua muslimat PAS siti jelah 2 bkn lulusan agama pun.

    kalau lulus agama pun lembik mcm ketua pemuda ustaz TONTO.

    BalasPadam
  14. he siapa ketua wanita yg jadi ketua koir tu..sakit telinga aku dgr..yu yg adik2 yg catik2 tu x pernah gi sekolah ke..x pernah dpt bantuan kerajaan ke nape mcm tu yek...mcm tu ke nak tawan p.jaya lah plk masak nasi pn agakyer masih mentah lagi..malu btul aku tgok...

    BalasPadam
  15. Lagu NEGARAKU macam mana pulak iramanya...

    BalasPadam
  16. ROSAKKK!!!
    huh! huduh giler ler muslimat pas dalam video nih.. sungguh memalukan.. sbb kotey bengkok, dorang jadi giler mcm kena rasuk setan..

    SANGAT BONGOK!!

    BalasPadam
  17. tk pernh pun dgr lagu ni...ish2 ikut gospel rupanya..patutle dgr pun semacam jer...ala2 ape nth..ada la pihak tu kata dulu2 kan...wanita tu haram jadi pemimpin,haram nyanyi,haram kerja,haram kuar umah...pastu SEKARANG semua dah jadi halal...ape cer

    hip hop

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online