Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Lakonan Nazak Anwar Ibrahim di demonstrasi BERSIH..
Dalam perhimpunan haram BERSIH hari ini yang kononnya mahu menyelamatkan negara Malaysia dari kerajaan Barisan Nasional yang zalim, Anwar Ibrahim ternyata gagal untuk mencapai matlamat menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalan raya seperti di Mesir.
Berbanding dengan BERSIH 1 yang kehadirannya mencecah 30 ribu penyokong Pakatan, perhimpunan haram kali ini yang diterajui oleh kafir Ambiga hanya mampu membawa kurang dari 10 ribu peserta saja..
Biarpun cuba di spin oleh portal pro pembangkang tentang kehadiran yang kononnya mencecah ratusan ribu penunjuk perasaan di ibunegara, ternyata gambar dan realiti sebenar tak mampu mereka putar belitkan.
Tahniah kepada pihak Polis yang menangani semua pengkhianat-pengkhianat negara tersebut dengan baik. Walaupun PDRM seringkali diprovokasi oleh para penunjuk perasaan, namun etika profesional Polis telah berjaya membuatkan keselamatan ibu negara dikawal sepenuhnya.
Bagi Anwar pula, dia yang sebelum ini mewar-warkan akan turun mengepalai demonstrasi BERSIH ini, terbukti hanya omongan kosong belaka. Kelibat Anwar langsung tak kelihatan di jalanan. Dia hanya berkampung di Hotel Hilton kerana takut ditahan oleh Polis Anti Rusuhan.
Dan didalam satu insiden rempuhan oleh pihak Polis di Hotel tersebut, diberitakan bahawa pengawal peribadi Anwar telah cedera akibat bergelut dengan Polis. Anwar mengambil kesempatan ini untuk berlakon seolah-olah dia pun mengalami kecederaan yang teruk juga.
Anwar yang kelihatan sihat walafiat semasa rempuhan Polis reda di Hotel Hilton, tak semena-mena terus jatuh sakit ketika mengiringi pengawal peribadinya ke Pantai Medical Centre. Anwar memang bijak memanipulasi keadaan untuk kepentingan peribadinya sendiri.
Ketika ditemui oleh media di Hospital tersebut, Anwar memberitahu kononnya dia terpaksa melakukan CT Scan dan terpaksa dipakaikan pendakap leher akibat dari kecederaan yang kononnya dilakukan oleh Polis.
Inilah skill lakonan Anwar yang memang terkenal sejak dari zaman Sg Buloh lagi.. Dalam sekelip mata Anwar boleh berubah darpada sihat walafiat terus kepada sakit nak mampus. Memang Anwar harus dinobatkan sebagai pelakon politik terbaik abad ini.
Rakyat harus buka mata dengan semua tipu helah Anwar. Semua ini dilakukannya semata-mata untuk melepaskan diri dari perbicaraannya tak lama lagi. Lakonan Anwar ini juga bertujuan untuk memburukkan imej Polis dan juga kerajaan DS Najib.
Anwar memang lah sebenar-benarnya manusia dua alam.. Anwar sanggup lakukan apa saja demi survival politik hapraknya. Hanya manusia yang buta dan tuli sahaja yang masih terpedaya dengan semua lakonan gampang Anwar ini!
Sumber dari MyKMU.
UPDATE!!! Gambar Khalid Samad cedera ditembak..
Update!!! Gambar Khalid Samad MP Shah Alam yang dikejarkan ke dalam Hospital kerana cedera terkena canister Tear Gas..
Mamat tu cedera di bahagian belakang ketika cuba melepaskan diri selepas dirempuh oleh FRU yang cuba menyuraikan tunjuk perasaan di hadapan Hospital Tung Shin.
Seorang penyokong BERSIH juga patah kaki akibat cuba bertempur dengan pasukan FRU.. Rupanya dia sedang melarikan diri setelah ditangkap oleh Polis Anti Rusuhan..
UPDATE!!! Anwar bakal lumpuh seluruh badan??
Ini satu lagi taktik Anwar untuk meraih simpati rakyat seperti mana yang berlaku didalam kes racun arsenik dulu.. Pegi mampus lah sama lu Anwar!!!!
Anwar pula didalam twitternya memberitahu dia terpaksa melakukan CT Scan bagi kecederaan yang langsung tak dialaminya..
Manakala.., kumpulan penunjuk perasaan BERSIH kini terkepung di KLCC setelah dorang tak berjaya masuk ke Stadium Merdeka. Dorang sekarang dikepalai oleh Hatta, Chegu bard dan Nasrudin Tantawi..
Polis dan FRU kini telah mengepung kawasan tersebut dan gua jangka dorang akan mula gunakan gas pemedih mata dan air kimia keatas semua perusuh tersebut..
Anwar dimasukkan ke Pantai Medical Centre.. Hadi ditahan di Balai Jinjang..
Daripada lebih kurang 10 ribu penunjuk perasaan BERSIH yang berhimpun di Ibunegara, hanya 2000 saja yang berjaya sampai ke perkarangan Stadium Merdeka..
Anwar Ibrahim pula dikejarkan ke Pantai Medical Centre dengan sebuah ambulan bersama-sama bodyguardnya.
Gua difahamkan, Anwar tak cedera punn.. Bodyguard dia yang cedera bergelut dengan Polis.. Macam biasalah, Anwar tu wayang je lebih...
Hadi Awang pulak sekarang ni masih ditahan di Balai Polis Jinjang. Dia ditemani oleh beberapa pengikut dia disana..
Tunjuk perasaan BERSIH sekarang ni dikepalai oleh Chegu Bard dan Nasrudin Tantawi.. Dorang diberitakan telah berkumpul di KLCC dan sedang mendengar ucapan dari Chua Jui Meng..
UPDATE!!! Ambiga, Nurul Izzah dan Tian Chua ditahan Polis..
Hujan lebat sedang melanda ibunegara sekarang ini.. Gua difahamkan, pihak Polis dah berjaya menahan Timbalan Presdien PAS, Mat Sabu, Azmin Ali, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub..
Manakala sebentar tadi, Ambiga, Nurul Izzah dan MP Batu Tian Chua juga turut ditahan Polis di KL Sentral..
Pemimpin-pemimpin Pakatan yang lainnya semua termasuklah Anwar dipercayai sedang bersembunyi di Hotel Hilton, KL.
Polis Anti Rusuhan kini sedang mengepung Hotel tersebut bagi menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan tu berarak ke Stadium Merdeka.
Sekarang ini, semua penyokong BERSIH sedang berarak dari Menara Maybank untuk menuju ke Stadium Merdeka atas arahan penganjur BERSIH.
Berkemungkin besar pihak ATM akan di kerahkan untuk menangani semua kumpulan penunjuk perasaan ni sebab FRU gagal menyuraikan dorang dengan menggunakan gas pemedih mata dan semburan air kimia..
Terdapat sekurang-kurangnya 30'000 anggota ATM sedang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan di ibukota.
p/s: baru tadi gua dapt tahu KJ juga telah ditahan Polis...
[VIDEO INSIDE] SOGO lumpuh dikawal Polis..
Sebahagian besar pasukan Polis kini ditempatkan di kawasan beli belah SOGO. Lebih kurang 300 anggota keselamatan berpakaian seragam dan juga preman kelihatan di setiap inci kawasan ini..
Seramai 18 orang telah ditahan disini kerana dipercayai mahu menyertai perhimpunan haram dan juga memiliki baju BERSIH setelah diperiksa..
Gua difahamkan, 236 orang dah ditahan setakat ni dan jumlahnya dijangka meningkat pada sebelah petang nanti..
PANAS!!! Rumah Anwar telah dikepung. Anwar bakal di I.S.A ?
Panas beb... Gua dapat info yang Polis kini sedang memburu Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin-pemimpin kanan Pakatan yang disenaraihitamkan.
Rumah Anwar Ibrahim di Segambut Dalam, sekarang ni sedang dikepung oleh pihak Polis. Gua rasa, Anwar Ibrahim mungkin akan ditahan dibawah I.S.A kerana menghasut rakyat.
Nampak gayanya Anwar Ibrahim akan sekali lagi jadi munafik beb.. Sebab semalam dia dah berjanji untuk turun ikut serta dalam demonstrasi BERSIH kat puak-puak penyokong dia di Bandar Tun Razak.
Anwar bukan main cakap besar semalam kata Polis tak akan mampu halang dia dan dia tetap akan mengepalai perhimpunan BERSIH.
Porahhhh..., sekarang ni gua nak tengok apa yang puak-puak munafik ni nak buat.. Gua nak tengok mampu tak dorang lari dari Polis macam Chegu Bard semalam..
TERKINI!!! 22 penyokong Ambiga ditangkap sekitar Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Muzium Negara..
Info terbaru yang gua dapat, 22 telah ditahan oleh Polis termasuklah seorang AMK dari Melaka. Walaupun sekarang ni keadaan di KL masih lagi lengang, tapi di beberapa tempat mula dipenuhi oleh penyokong BERSIH tanpa baju KUNING dorang..
Di Muzium Negara, Polis telah berjaya menahan 12 orang yang dipercayai pengikut Chegu Bard. Di Masjid Kampung Baru, 9 orang disumbatkan ke dalam Black Maria kerana memakai lilitan kuning di kepala.
Dan keadaan kini semakin panas di Masjid Negara dengan Polis cuba menyuraikan 500 orang yang berkumpul di perkarangan masjid tersebut.
Terbukti kesemua pemimpin Pakatan memang pengecut sebab dorang masih lagi bersembunyi dan hanya membiarkan penyokong-penyokong dorang bertebaran tanpa arah..
Mana dia Ambiga? Mana dia Mat Sabu? Mana dia Anwar Ibrahim? Dan yang paling gua nak tengok ialah Samsul Iskandar yang bukan main lagi kata nak gulingkan kerajaan melalui jalanraya..
Takkan dorang semua ni takut pada Polis kot?
TERKINI!!! Polis SERBU Hotel-hotel di sekitar KL..
Gua dapat info dari sumber-sumber gua tadi, hotel-hotel murah di sekitar KL semuanya dah penuh dengan para penyokong BERSIH khususnya yang datang dari Pantai Timur..
Kawasan sekitar 5km dari Stadium Merdeka pun dah penuh dengan mat-mat Kelantan dan juga penyokong-penyokong PAS..
Tak tahulah kat mana dorang tidur tapi ramai diantara dorang diberitakan tidur di Masjid dan juga dalam kereta bagi yang datang dengan kenderaan sendiri..
Semua dorang ni datang khas bagi memenuhi arahan kafir Ambiga untuk "menghuru-harakan" negara besok..
Dan sekarang ni, Polis sedang melakukan gerak gempur terhadap semua Hotel di sekitar KL bagi memBERSIHkan ibunegara dari anasir-anasir keji Pakatan..
Gua nak bagitau sahabat-sahabat gua didalam PDRM.., info mengatakan puak-puak BERSIH ni akan keluar dari tempat persembunyian masing-masing seawal jam 10 pagi besok..
Dorang diarahkan supaya berkumpul di Masjid Kampung Baru, Masjid Jamek dan juga Masjid Negara bagi sessi taklimat sebelum bergerak ke Istana Negara..
Puak-puak ni kononnya telah diberi jaminan keselamatan dan akan dipantau oleh 170 orang peguam yang diupah oleh pemimpin tertinggi Pakatan..
Yang bestnya, dorang ni semua menggelarkan diri dorang sendiri sebagai Mujahid dan akan "berjihad" memBERSIHkan kezaliman kerajaan Malaysia besok... Macam HARAM !!!!
Gua harap sahabat-sahabat gua dalam PDRM atau ATM jangan bagi muka langsung pada puak-puak pengkhianat tu semua.. Tunjukkan pada dorang betapa tingginya langit di Malaysia ni!!!
Langgan:
Catatan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.





































