BREAKING NEWS

Apa khabar Nik Aziz di Pulau Melaka.., mengapa sepi tanpa berita?


Gua heran sungguh laa.. Dalam pada semua orang dok bising pasal isu video china doll Anwar Ibrahim, tak dengar pulak Mursyidul Am PAS, Nik Aziz bagi komen apa-apa pun.

Kemana hilang agaknya "wali" pujaan semua penganut mahzab PAS tu yee? Takkanlah Pok Nik tak mau nak defend Ketua Umum gerombolan Pakatan?

Nik Aziz tak kesian ke bila tengok Anwar terkincit-kincit nak meyakinkan juak-juak Pakatan yang dia bukan pelakon video tu?

Walaupun Hadi Awang ada buat statement pasal isu video Anwar ni, tapi mana boleh lawan keberkatan statement dari Nik Aziz. Pok Nik punya komen selalunya lagi best dan mantop serta penuh tawadduk.

Lagipun, puak-puak Pakatan hanya akan dengar cakap Pok Nik sorang jee... Kalau Anwar tu manusia anugerah Tuhan bagi dorang,  Pok Nik pulak dianggap sebagai "wali" dalam gerombolan Pakatan.

Siapa yang mampu terbitkan "bulan" didada Karpal dan naikkan taraf "khalifah" untuk si kapir Guan Eng kalau bukan berkat dari didikan Pok Nik.

So, gua harap Pok Nik keluarlah dari pertapaan di Pulau Melaka tu ye.. Buatlah statement walaupun sepatah ayat untuk menenangkan penganut-penganut PAS dan Pakatan yang semakin meroyan hilang akal sekarang ni.

Gua bukannya apa..., gua risau kalau semua totok PAS akan buat perangai gila babi berguling atas jalan macam di Perak dulu.

Bukan saja dorang yang akan malu..., Pok Nik pun mesti malu jugak nanti..

Chua Soi Lek nasihat Anwar supaya mengaku macam dia.... Hahahahaha....


Presiden MCA Chua Soi Lek "menasihati" Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim supaya jangan bersilat lidah lagi, sebaliknya memberanikan diri untuk mengakui, jikalau benar dirinya lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan kepada media pada 21 Mac 2011.

"Saya juga letak jawatan kerana benda ini satu ketika dahulu... Jadi saya rasa, kalau benar itu beliau (Anwar), beliau seharusnya mempunyai keberanian dan moral untuk mengakui, dan bukan bersilat lidah sebaliknya," kata Chua Soi Lek yang mengakui bahawa dirinya masih belum menonton klip video seks tersebut, malah tidak tahu sejauh mana benar kandungan klip video tersebut.

Demikianlah jawapan yang ringkas daripada Chua Soi Lek kepada soalan yang diajukan MerdekaReview, dalam satu majlis dialog bersama pelajar Malaysia di Taipei, Taiwan, semalam.

Soalan yang dilontarkan MerdekaReview sebenarnya berbunyi, apakah pendirian MCA terhadap penggunaan taktik sedemikian (video seks) untuk menumpaskan musuh politik.

Pada Januari 2008, Chua Soi Lek membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, ahli parlimen Labis dan semua jawatan partinya dalam MCA, termasuk Naib Presiden, Pengerusi MCA Johor dan Ketua Bahagian MCA Batu Pahat, lantaran pendedahan vcd skandal seks yang melibatkan dirinya.

Bagaimanapun, perletakan jawatan ahli parlimen beliau tidak "berkesan", didakwanya ekoran kesilapan teknikal. Pada tahun 2010, Chua Soi Lek kembali sebagai Presiden MCA, dalam pemilihan semula partinya, setelah menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting.


Bekas Raja Porno negara pun dah keluarkan nasihat kepada Anwar supaya mengaku. Gua setuju dengan Soi Lek, nak takut apa kalau memang Anwar yang berlakon dalam video tu?

Tengok macam Soi Lek.., ok je pun dia sekarang. Siap boleh jadi Presiden parti lagi tu...

So, manalah tau kann.. Lepas Anwar mengaku, dia pun boleh diangkat jadi Mursyidul Am PAS ke nanti... Tak ke untung tu..? Siapa tak nak jadi "penjaga kunci syurga" beb?

Mengaku je lahh Anwarrr... Ikut je cakap Soi Lek tu.. Dia lebih lama makan "viagra" dari lu...

Lagipun.., Nik Aziz dan PAS kan ada untuk repair balik imej lu lepas mengaku nanti.. Jadi, apa yang nak takut?... Hahahahaha...

Kenyataan Media Chegu Bard. Video itu kemungkinan besar asli...



Kenyataan Media

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


p/s: Chegu Bard kata kemungkinan besar video tu asli, tapi pelakon dalam tu bukan Anwar pasal chegu Bard kenal gerak geri Anwar.

Persoalannya.., Video tu adalah video aksi mengawan. Chegu Bard ni pernah tengok ke Anwar mengawan sampai boleh bezakan gerak geri dalam tu?

Sekali lagi gua terbau hancing.... Sapalah agaknya ajar chegu Bard ni mengencing rakyat yee...?

Chegu Bard mengaku dah tonton video porno Anwar di Carcosa..


Rupanya bukan Johari Abdul sorang dari PKR yang menonton video 18SXXX Anwar ni.. Gua dikhabarkan ada 4 orang pemimpin PKR yang dijemput ke Carcosa bagi menyaksikan kehebatan Anwar beraksi..

Selepas Johari Abdul si biawak paya dari Sungai Petani, hari ni muncul pulak Chegu Bard dari Rembau yang mengaku dah tengok video tu.

Katanya, dia akan buat satu PC berkenaan kesohihan video tu pada petang ni. Agaknya.., apalah yang nak dikelentongkan oleh Chegu Bard ni ye?

Tapi nak heran apa.., kalau dah ketuanya kaki kencing rakyat, anak buah pun lebih kurang jugak laa.. Yang penting, isu video ni dah buat PKR dan Pakatan dilanda Tsunami.

Gua rasa, jangka hayat Pakatan ni dah tak lama. Cuma tunggu masa je nak melingkup!


Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mendedah penipuan penipuan video seks yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini.

Selain Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, Badrul dalam kiriman mesej pesanan ringkas (SMS) menyatakan beliau adalah antara yang ‘berpeluang’ menonton video berkenaan.

“Saya nak dedahkan yang saya dibawa tonton video itu, dedah siapa yang saya jumpa sekali dalam bilik hotel dan banyak data lain.

“Rahim TC (Tamby Chik) menipu dalam PC (sidang media) semalam,” kata Badrul. - KeadilanDaily

Wan Azizah tak mengaku nak tengok video Anwar...


Tak payahlah Wan Azizah nak cerita pasal haram atau tak tengok video 18SXXX tu.., orang yang beragama Islam semua pun tau hukumnya.

Tapi Kak Wan kena ingat satu, yang buat "projek" dalam video tu lagi besar dosanya... Dalam kata lain.., lagi besar punya harammm.

Dan bertambah-tambah haram kalau si lelaki Y didalam video porno tu tak mengaku pasal dia kata perut dia dalam video tu tak sama. Memang macam haram punya alasan.

So, sekarang ni untuk mengelakkan perkara-perkara haram ni terus diperkatakan.., gua suka untuk cadangkan kepada Kak Wan supaya suruh je laki dia bersumpah dengan nama Allah menafikan semua isu ni.

Itu pun kalau Kak Wan beranilah yee... Gua dengar, Kak Wan ni amat takut pada laki dia. Dan kalau Kak Wan tak berani, suruh je Nurul bagitau papa dia dipihak Kak Wan.

Sudah-sudah lah menipu rakyat... Sampai bila nak bersekongkol menyembunyikan perangai buas lelaki Y tu?

Wan Azizah kena ingat lagi satu benda, kalau menipu seorang rakyat Malaysia, itu mungkin boleh dikatakan berdosa.. Tapi kalau asyik menipu hampir seluruh individu dalam negara..., itu HARAM jadah namanya.

Tak baik wooooo.....


Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).

“Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu.

“Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram,” kata isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sambil tersenyum.

Menurut Wan Azizah beliau tidak pernah menghantar sesiapa ataupun sebarang sms mengatakan beliau ingin melihat video berkenaan.

“Kenapa saya harus tonton? Ia dilarang oleh Islam dan adalah haram.”

Eskay semalam pada sidang medianya berkata beliau akan memberikan video tersebut kepada Wan Azizah kerana mendakwa presiden PKR itu memohon menontonnya. - MalaysiaKini

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online